Perancis: 'Sama sekali tiada petunjuk' punca nahas pesawat EgyptAir

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Perancis: 'Sama sekali tiada petunjuk' punca nahas pesawat EgyptAir

May 20, 2016 | 3:17 PM

Perancis: 'Sama sekali tiada petunjuk' punca nahas pesawat EgyptAir

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Menteri Luar Perancis, Encik Jean-Marc Ayrault, selepas mesyuarat krisis menteri kanan di istana Elysee Presiden di Paris pada Khamis, 19 Mei 2016.
Menteri Luar Perancis, Encik Jean-Marc Ayrault, selepas mesyuarat krisis menteri kanan di istana Elysee Presiden di Paris pada Khamis, 19 Mei 2016. - AFP

PARIS: Menteri Luar Perancis berkata pada Jumaat (20 Mei) "sama sekali tiada petunjuk" apa yang menyebabkan kemalangan sebuah penerbangan EgyptAir, walaupun pihak berkuasa Mesir berkata kemungkinan paling besar ialah pengganasan.

"Kami sedang melihat semua kemungkinan, tetapi tiada satu pun lebih mungkin daripada yang lain kerana kami sama sekali tidak mempunyai petunjuk tentang punca (kemalangan itu)," Encik Jean-Marc Ayrault berkata kepada televisyen Perancis.

Pemerintah Perancis akan bertemu keluarga mangsa pada Sabtu untuk "memberi semua maklumat yang kami boleh", kata Encik Ayrault.

Satu operasi besar-besaran sedang dijalankan untuk mencari pesawat yang hilang pada Khamis itu, semasa di ruang udara Laut Mediterranean, dengan 66 orang di dalamnya.

Menteri penerbangan Mesir berkata pada Khamis walaupun terlalu awal untuk mengatakan mengapa pesawat A320 Airbus dalam penerbangan dari Paris ke Kahirah itu hilang dari skrin radar, serangan "pengganas" lebih mungkin daripada kegagalan teknikal. - AFP

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg