Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Perancis siasat masjid disyaki sebar ideologi ekstrem

Dec 05, 2020 | 05:30 AM



PARIS: Perancis mulai kelmarin memulakan siasatan ke atas belasan masjid yang disyaki menyebarkan ideologi melampau, bagi menangani ancaman meningkat ekstremisme agama, kata Menteri Dalam Negeri, Encik Gerald Darmanin.



Pemerintah negara itu telah memulakan, apa yang disifatkannya sebagai tindakan yang belum pernah dilakukan terhadap "golongan pemisah", menyusuli beberapa serangan ganas di Perancis pada musim gugur tahun ini, termasuk pemenggalan kepala seorang guru yang menunjukkan gambar Nabi Muhammad saw dalam bentuk kartun.



Encik Darmanin berkata, 76 masjid daripada lebih 2,600 tempat ibadat Muslim di negara itu telah dikenalpasti sebagai mungkin memberi ancaman kepada nilai Republik Perancis dan keselamatannya.



Di mana sangkaan itu dapat dipastikan, masjid berkenaan akan ditutup, katanya.



"Terdapat beberapa kawasan yang menjadi tumpuan ibadat yang jelas antiRepublikan," Encik Darmanin memberitahu radio RTL, "di mana imam diikuti oleh khidmat risikan dan di mana wacana berlawanan dengan nilai-nilai kami."



Siasatan akan memeriksa kewangan masjid dan latar belakang imam yang diragui dan mencari bukti, antara lain, madrasah untuk kanak-kanak.



Presiden Emmanuel Macron telah memberi amaran meningkatnya gangguan "pemisah Muslim" dan cacabarannya ke atas kesatuan republik Perancis yang sekular.



Nilai utama Perancis seperti kebebasan dalam kepercayaan, kesaksamaan jantina dan hak untuk menista agama telah diancam di kawasan-kawasan tempatan, katanya.



"Berdepan dengan kesemua permasalahan ini dalam negara kita, Perancis telah menyatu dengan sepenuh daya tahan, dengan kesungguhan," tulis presiden itu dalam satu surat kepada akhbar Financial Times pada November lalu.



Langkah tegas pemerintah telah menyebabkan sesetengah Muslim berasa terpinggir dalam negara mereka sendiri.



Beberapa pemimpin Muslim, walaupun menyokong usaha pemerintah memerangi golongan pelampau, telah memberi amaran bahawa ia secara tidak sengaja menyatukan majoriti Muslim dengan segelintir "yang menyebarkan kebencian".



Siri serangan di Perancis meningkat selepas penyiaran semula karikatur Nabi Muhammad saw ketika perbicaraan kes serangan di pejabat akhbar satira mingguan, Charlie Hebdo, bermula September lalu.



Seorang lelaki menyerang orang awam di luar bekas pejabat Charlie Hebdo, yang sebelum ini menerbitkan karikatur itu buat pertama kali pada 2015, mengakibatkan serangan di mana 12 mangsa terkorban.



Pada 14 Julai 2016, 86 orang terbunuh selepas seorang pemandu trak merempuh orang ramai ketika hari kebangsaan Perancis pada 14 Julai 2016.



Pada November lalu, tiga orang dibunuh oleh penyerang yang didakwa radikal Islam, bersenjatakan pisau di bandar Mediterranean, Nice.



Serangan di Nice berlaku selepas seorang guru sekolah, Samuel Paty, dipenggal oleh seorang pelarian, Chechen, 18, selepas guru itu menunjukkan karikatur Nabi Muhammad saw semasa pelajaran mengenai kebebasan bersuara. - Agensi




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >