Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Perancis tingkat kerja menyelamat di laut, tengkar dengan Britain berhubung kematian pendatang

Nov 26, 2021 | 12:26 AM
Sebilangan pendatang yang berjaya diselamatkan, sedang 27 pendatang lain maut semasa cuba sampai ke Britain menggunakan dingi boleh kembung.
Sebilangan pendatang yang berjaya diselamatkan, sedang 27 pendatang lain maut semasa cuba sampai ke Britain menggunakan dingi boleh kembung. - EPA-EFE

(France/Zagreb): Perancis pada Khamis (25 Nov) menyatakan ia telah mengerahkan pasukan simpanan dan meningkatkan operasi menyelamat di laut sedang London dan Paris menyalahkan satu sama lain di atas kematian 27 pendatang yang cuba sampai ke Britain menggunakan dingi boleh kembung. Kumpulan pendatang itu - termasuk seorang kanak-kanak - lemas apabila perahu mereka kempis di selat antara dua negara itu pada Rabu (24 Nov), salah satu daripada banyak risiko untuk masuk ke Britain, sedang golongan pendatang melarikan diri daripada kemiskinan dan konflik di Afghanistan, Iraq dan negara lain.

Kematian itu telah menimbulkan lebih banyak permusuhan antara negara-negara yang sudah berselisih mengenai Brexit, dengan Perdana Menteri Britain, Encik Boris Johnson, berkata Perancis bersalah sementara Menteri Dalam Negeri Perancis, Encik Gerald Darmanin, menuduh Britain sebagai "pengurusan imigresen yang buruk". Presiden Perancis, Encik Emmanuel Macron, mempertahankan tindakan Paris sambil berkata Perancis hanyalah negara transit bagi ramai pendatang dan lebih banyak kerjasama Eropah diperlukan untuk menangani pendatang tanpa izin.

Tragedi pada Rabu adalah yang paling buruk dalam rekod di perairan air itu yang memisahkan Britain dan Perancis, salah satu laluan perkapalan paling sibuk di dunia. - Reuters

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg