Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Perang di Ukraine: Zelensky ikrar terus lawan serangan Russia

Feb 26, 2022 | 05:15 PM



KYIV: Selepas tentera Ukraine menyatakan mereka telah menangkis serangan Russia ke atas ibu kita mereka pada  Sabtu (26 Feb), presiden negara itu, Encik  Volodymyr Zelensky, merakam satu video swafoto melahirkan ikrar untuk kekal di bandar itu dan terus berjuang.

“Saya di sini. Kami tidak akan meletakkan sebarang senjata.

“Kami akan mempertahankan negara  kami, kerana senjata kami adalah kebenaran kami,” isytiharnya, sambil mengecam  dakwaan bahawa beliau telah menyerah diri atau melarikan diri.

“Banyak maklumat palsu telah muncul di Internet mengatakan  saya dikatakan menyeru tentera kami untuk meletak senjata dan pemindahan keluar sedang dijalankan,” katanya di luar pejabatnya.





Memakai pakaian gaya tentera hijau  dan kelihatan letih tetapi bersemangat, beliau mengisytiharkan:

“Kebenaran kami ialah ini adalah tanah kami, negara kami, anak kami dan kami akan melindungi semua ini.

“Ini yang saya ingin beritahu anda. Berbanggalah  kepada Ukraine!”

Tatkala  video itu dipapar di platform media sosial, bunyi letupan dan siren serbuan udara masih kedengaran di sekitar ibu kota itu, sedang  tentera Russia mengisytiharkan ia telah menembak peluru berpandu jarak jauh  ke sasaran tentera Ukraine. – AFP

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >