Topik diikuti
Pergi ke BHkuMilitan akan terbunuh di medan tempur jika enggan serah diri
Premium
Militan akan terbunuh di medan tempur jika enggan serah diri
Feb 21, 2019 | 5:30 AM
Militan akan terbunuh di medan tempur jika enggan serah diri
PELURU BERPANDU: Gambar yang dipetik pada 9 Februari lalu berdekatan Al-Qaim, beberapa kilometer sahaja dari kawasan yang dikuasai ISIS di timur Syria, menunjukkan meriam howitzer 155mm yang menggunakan sistem CAESAR (menggunakan trak yang dilengkapi dengan sistem meriam). Ia digunakan tentera Perancis untuk bertempur dalam 'Operasi Chammal', yang merupakan sebahagian daripada Operasi 'Azam Sedia Ada', melibatkan kerjasama sekutu antarabangsa menentang kumpulan ISIS. - Foto AFP -
MEDAN MINYAK OMAR (Syria): Militan ISIS yang mempertahankan wilayah terakhir mereka di Syria akan "dibunuh dalam pertempuran" jika mereka tidak menyerah, kata pasukan pimpinan Kurdi kelmarin, menjelang satu pertempuran terakhir.
Angkatan Demokrasi Syria (SDF) yang disokong Amerika Syarikat berkata mereka sedang cuba memindahkan orang awam yang terperangkap dalam kawasan setengah kilometer persegi terakhir daripada 'khalifah' ISIS yang dulunya luas sebelum menyerang pasukan pengganas itu.
