Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Perang mulut antara Najib dan Cef Wan

Jul 09, 2019 | 03:44 PM



PETALING JAYA: Perang mulut antara mantan perdana menteri Malaysia Najib Razak dengan cef selebriti Redzuawan Ismail kian hangat di media sosial.



Ini menyusuli cef yang lebih dikenali sebagai Cef Wan itu disampaikan anugerah Tokoh Ikon Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) oleh Perdana Menteris Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini.



Menerusi Facebook semalam (8 Julai), Datuk Seri Najib sinis menyindir cef itu dan mempersoal sama ada Felda benar-benar memerlukan ikon.





Menarik perhatian satu kenyataan Cef Wan yang menyifatkan golongan peneroka Felda pemalas, beliau berkata:



“Ikon Felda sudah pun bersuara selepas diberi gelaran tersebut oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH). Dia kata peneroka Felda adalah pemalas serta suka berkahwin dua atau tiga. Selepas berkahwin pula, peneroka membiak seperti kuching.



“Tak apa, nanti dia akan meminta maaf dengan alasan bahawa dia sekali lagi dirasuk syaitan.”



Sebagai respons, Cef Wan juga telah mengeluarkan beberapa kenyataan menerusi Instagram dan menyifatkan Datuk Seri Najib sebagai bodoh hari ini.






 



 


 




 






 




 


 


 




 


 




 


 


 




When i was asked by the previous Ministry of Pembangunan dan luar bandar dan juga Pembangunan Usahawan Wanita to motivate and Enpowered many of this Felda settlers mau pun di daerah2 lain yg bukan Felda i was brief by their officers with regards to many social issues faces by orang2 Melayu Felda. " CW please bring up all this issues mereka yang malas, mencuri, menipu duit baja baja, kawin lagi, ambil dadah dan mcm2 lagi before u motivate them and share your life experiences and struggled to be where u are today"? Saya nak tanya Najib jika saya ini manusia yg tak baik dan tidak berjaya di dalam kerjaya saya why sent me to assist him and his ministry?". Menuduh saya Jilat Tun M dan mcm2 lagi to recieved that anugerah padahal Tun M pun tak tahu hari itu yg saya ni akan menerima anugerah tu pun! All that is fitnah keatas saya yang tak berasas. Typical behaviour of manusia yg iri hati dan hasad dengki. Matan dia sanggup list kan apa saya kata, twist them to make others believed apa yg saya cakap covers all Felda people and not segelintir nya. Batu2 api ni then viral them in social media supaya semua orang yang baca akan percaya bulat2 dengan tujuan nak jatuh kan credibility saya sebagai Ikon Felda! Mana yang baca IG saya dari awal akan faham cerita yang sebenarnya. Saya pula di jadi kan mangsa because they are not happy to see me terima anugerah itu. Macam la saya kebuluk sangat nak anugerah itu. Sungguh muka tak tahu malu Najib ni. Kau jahanam kan FELDA sampai Fail dah boleh pulak ada hati nak bersuara lagi? Panggil Isa Samad tu esok jugak saya nak serah kan Anugerah Icon FELDA itu kepada beliau dan Najib! Memang manusia2 yg jahat ini langsung tak takut dosa memfitnah saya yg bukan2. Just disgusting. Lepas tu boleh pulak Solat 5 waktu mengadap Allah. How do all this hippocrite do it?



A post shared by chef wan (@_chefwan58) on Jul 8, 2019 at 6:25pm PDT






“Dia (Najib) sanggup senaraikan apa saya kata, dan 'twist' supaya orang lain percaya bahawa apa yang saya katakan itu ditujukan kepada semua warga Felda bukan segelintir sahaja,” ujarnya.



Tambahnya, beliau juga diminta berkongsi pengalaman dan memberi motivasi kepada warga Felda semasa Datuk Seri Najib berkhidmat sebagai perdana menteri.

“Saya nak tanya Najib jika saya ini manusia yang tak baik dan tidak berjaya dalam kerjaya saya, kenapa hantar saya untuk bantu beliau dan kementeriannya?,” kata Cef Wan. - THE STAR/ASIA NEWS NETWORK




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >