Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Perangi kebencian dengan kaji algoritma media sosial: Ardern

May 15, 2021 | 09:55 PM



WELLINGTON: Perdana Menteri New Zealand, Cik Jacinda Ardern, pada Sabtu (15 Mei) menyarankan pemimpin dunia dan firma teknologi yang mahu membasmi keganasan ekstrim dalam talian perlu menumpukan usaha dalam memahami algoritma media sosial.



Cik Ardern bercakap demikian pada sidang kemuncak maya sempena ulang tahun kedua inisiatif global untuk menamatkan kebencian dalam talian yang dikenali sebagai Christchurch Call.



Inisiatif Christchurch Call dilancarkan oleh Cik Ardern dan Presiden Perancis, Encik Emmanuel Macron pada 2019.



Inisiatif yang dilancarkan kedua-dua pemimpin berkenaan adalah rentetan insiden pembunuhan didalangi pengganas berkulit putih yang membunuh 51 jemaah di dua masjid di Christchurch, New Zealand dan menyiarkan perbuatan terkutuk itu secara dalam talian di Facebook.



Sejak itu, lebih 50 negara, pertubuhan antarabangsa dan firma teknologi menyokong inisiatif berkenaan termasuk Facebook, Google, Twitter dan Microsoft.



"Kewujudan algoritma itu sendiri tidak semestinya menjadi masalah, sama ada ia digunakan secara beretika atau tidak. Itu adalah antara fokus terbesar untuk komuniti pada tahun depan di samping memperluaskan jaringan itu sendiri," kata Cik Ardern pada sidang media selepas forum tersebut.



Cik Ardern menambah, firma teknologi utama menzahirkan keinginan nyata mereka pada forum itu, untuk menggunakan algoritma bagi tujuan campur tangan positif.



Bagaimanapun, beliau tidak menjelaskan lebih lanjut bagaimana sesebuah firma boleh mengubah penggunaan algoritma yang mendorong kandungan berbahaya serta mengakibatkan radikalisasi.



Inisiatif Christchurch Call yang buat pertama kalinya disertai Amerika Syarikat, membuat perubahan dasar dua tahun selepas pentadbiran bekas Presiden Donald Trump menolak penyertaan dengan alasan bimbang mengenai kebebasan bersuara.



Selain Encik Macron, antara pemimpin dunia yang hadir adalah Perdana Menteri Britain, Encik Boris Johnson.



Forum Internet Global untuk Menentang Keganasan (GIFCT) adalah sebuah pertubuhan bukan pemerintah yang diasaskan Facebook, Microsoft, Twitter dan Youtube serta bergabung dengan inisiatif Christchurch Call dan menunjukkan kemajuan sejak 2019.



Dalam satu kenyataan berasingan, agensi itu sudah bertindak balas terhadap lebih 140 kejadian sejak 2019 dengan ahli syarikat berkongsi maklumat dan kesedaran situasi dalam memahami sekiranya sesuatu serangan mempunyai dimensi dalam talian tertentu. - Agensi Berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >