Topik diikuti
Pergi ke BHkuPerarakan 'kulit beruang' di Romania sempena tahun baru
Perarakan 'kulit beruang' di Romania sempena tahun baru
RAMAI menyertai perarakan 'kulit beruang' di Comanesti, Romania, kelmarin.
Lebih 200 'beruang' serta beberapa dozen pemuzik yang diiringi polis dan pelancong menyertai perarakan hujung tahun itu.
Lelaki dan wanita muda kelihatan memakai kulit beruang dan pakaian tradisional dengan harapan ia dapat menghalau hantu dan perkara buruk daripada berlaku kepada mereka pada tahun baru ini.
Di semua wilayah di Romania, terdapat acara serupa sebegitu yang masih wujud, namun di wilayah bersejarah Moldova itu, sambutan itu telah berkembang pesat.
Comanesti telah menjadi pusat yang menarik dengan lebih ramai kumpulan penari dan peserta terlibat setiap tahun.