Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Perarakan Pemuda PAS tidak sesuai, buat masyarakat risau: Menteri Dalam Negeri

Feb 22, 2023 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Penganjuran perarakan bersama replika senjata dalam satu perhimpunan anjuran sebuah parti politik di Terengganu pada 17 Februari adalah tidak wajar dan mengundang keresahan awam, kata Menteri Dalam Negeri Malaysia, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.



Beliau berkata pihaknya memandang serius perkara itu kerana apabila video dan gambar perarakan itu tular di media sosial, ia jelas menimbulkan kegusaran dalam masyarakat.



Sembarang perbuatan yang mempamerkan serta meluahkan semangat dengan diiringi simbol berupa senjata atau ketenteraan adalah amat tidak wajar, ujar Datuk Saifuddin.



"Perarakan itu tular di media sosial dan menimbulkan kegusaran kepada masyarakat, apatah lagi suhu politik di beberapa negeri yang bakal berdepan dengan pilihan raya negeri (PRN) dilihat semakin memuncak.



"Umum mengetahui negara sedang berdepan cabaran suasana politik 3R, iaitu 'race, religion and royalty' (kaum, agama dan institusi raja), yang masih belum reda sejak Pilihan Raya Umum ke-15.



"Ini menuntut semua pihak supaya menjadi lebih sensitif dan bertanggungjawab terhadap sebarang elemen yang boleh memanaskan keadaan," katanya dalam satu kenyataan pada 20 Februari.



Akhbar Berita Harian Malaysia melaporkan pada Isnin tindakan sekumpulan ahli Pemuda Parti Islam SeMalaysia (PAS) berarak membawa replika pedang, lembing dan perisai di Setiu, Terengganu, pada 17 Februari. Perarakan itu dipersoal oleh pelbagai pihak, yang mengaitkannya dengan keganasan serta provokasi, selepas ia tular di media sosial.



Penganjur program Himpunan Pemuda Islam Terengganu itu berkata perhimpunan seluruh jentera Pemuda PAS Terengganu itu diadakan sejak 1991 dan sudah menjadi sebuah acara tahunan. Datuk Saifuddin berkata insiden berkenaan jelas menekankan tema peperangan.



"Ini mengundang pertanyaan, adakah perarakan ini bermaksud menyuntik semangat perang? Saya ingin memberi amaran kepada semua pihak supaya menghentikan apa juga perbuatan yang berpotensi menimbulkan huru-hara kepada rakyat dan negara.



"Tindakan tegas akan diambil ke atas sembarang elemen yang mengancam ketenteraman, keharmonian dan keselamatan rakyat," katanya. Datuk Saifuddin berkata Malaysia negara demokrasi yang memberi hak kepada rakyatnya membuat pilihan dan keputusan, namun ia tidak boleh melanggar garis yang menggugat kerukunan negara.



"Segala pendapat atau pandangan perlu diuruskan dengan cermat dan disalurkan melalui rang demokrasi yang ada, bukan melalui tindakan bersifat provokatif. Saya ingin menyeru dan mengajak rakyat untuk bersama-sama menyahut seruan Malaysia Madani cetusan Perdana Menteri yang antaranya mempromosikan elemen kesejahteraan, hormat dan ihsan dalam kalangan rakyat," katanya. - BHM.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >