SPH Logo mobile
Langgan|

Perbicaraan 4 lelaki dalam kes penembakan pesawat MH17 bermula

Perbicaraan 4 lelaki dalam kes penembakan pesawat MH17 bermula

Mar 9, 2020 | 11:01 AM

Perbicaraan 4 lelaki dalam kes penembakan pesawat MH17 bermula

Satu tanda bantahan berhampiran deretan bangku sedang keluarga mangsa MH17 mengatur bangku kosong bagi setiap tempat duduk dalam pesawat dalam satu bantahan di luar Kedutaan russia di The Hague, Netherlands, pada 8 Mac.
Satu tanda bantahan berhampiran deretan bangku sedang keluarga mangsa MH17 mengatur bangku kosong bagi setiap tempat duduk dalam pesawat dalam satu bantahan di luar Kedutaan russia di The Hague, Netherlands, pada 8 Mac. - Reuters

AMSTERDAM - Perbicaraan bagi empat suspek pelarian yang didakwa dalam penembakan pesawat Malaysia Airlines, MH17 dijadualkan bermula Isnin ini (9 Mac), lebih lima tahun setelah ia ditembak jatuh di Ukraine.

Pendakwaraya berkata suspek itu - tiga warga Russia dan seorang rakyat Ukraine - membantu mengaturkan sistem peluru berpandu Russia yang digunakan untuk menembak pesawat MH17.

Kesemua suspek itu dipercayai berada di Russia dan tidak dijangkakan menghadiri perbicaraan itu.

MH17 telah terbang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur pada 17 Julai 2014, apabila ditembak jatuh oleh peluru berpandu dari sebuah kawasan dikuasai kumpulan pemberontak pro-Moscow di utara Ukraine, menyebabkan kesemua 298 penumpang terkorban. - Reuters

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg