Subuh
5:50
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:15
Isyak
8:22

Perbicaraan dalang serangan 9/11 disambung semula

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Perbicaraan dalang serangan 9/11 disambung semula

Prosiding ke atas Khalid Sheikh Mohammed dan empat lain dijalankan hanya beberapa hari jelang ulang tahun ke-20 serangan
Sep 08, 2021 | 05:30 AM

GUANTANAMO BAY (CUBA): Pendakwaan terhadap individu yang dituduh mendalangi 11 September, Khalid Sheikh Mohammed dan empat yang lain disambung semula semalam, hanya beberapa hari menjelang ulang tahun ke-20 serangan itu.

Mohammed dan beberapa individu lain, yang dikurung di penjara War On Terror di pangkalan tentera laut Amerika Syarikat di Guantanamo Bay, Cuba, selama hampir 15 tahun, akan muncul di tribunal tentera di sini untuk kali pertama sejak awal 2019.

Tetapi setelah tertangguh selama 17 bulan akibat pandemik koronavirus, prosiding itu dijangka akan bersambung dari tempat ia telah terhenti.

Sebelum ini, pihak pembela cuba untuk menyifatkan sebahagian besar bukti pemerintah sebagai tercemar oleh penyiksaan yang dialami defendan semasa dalam jagaan Agensi Risik Pusat (CIA).

Ahad lalu, hakim tentera yang baru, Kolonel Tentera Udara Matthew McCall - yang kelapan dalam kes ini - memberi petanda tentang permulaan yang perlahan, apabila beliau memutuskan bahawa perbicaraan awal yang memberi tumpuan kepada kelayakannya sendiri akan berlangsung pada Selasa.

Peguam untuk kedua-dua belah pihak diizinkan dalam tribunal jenayah perang untuk menyoal hakim baru bagi kemungkinan wujudnya berat sebelah.

Selebihnya, minggu ini kebanyakannya akan melibatkan pertemuan antara pendakwa tentera dengan pasukan pembela.

Dengan beberapa usulan yang bakal dibentangkan untuk menuntut bukti yang enggan diserahkan pendakwa tentera, peguam bela berkata fasa praperbicaraan itu boleh berlanjutan untuk satu tahun lagi.

Ini bermakna peringkat perbicaraan juri dan keputusan masih jauh lagi.

Apabila ditanya apakah kes tersebut dapat mencapai tahap itu, seorang peguam bela, James Connell, menjawab, "Saya tidak tahu."

Peguam bela berkata kelima-lima defendan - Mohammed, Ammar al-Baluchi, Walid bin Attash, Ramzi bin al-Shibh dan Mustafa al-Hawsawi - kesemuanya dalam keadaan lemah dan mengalami kesan penyiksaan berlanjutan yang teruk di tapak rahsia CIA antara 2002 dengan 2006.

Selain itu, kata peguam, mereka menghadapi kesan kumulatif daripada keadaan dipencilkan selama 15 tahun. Mereka akan muncul di bilik pembicaraan dengan tahap keselamatan tinggi serta dikelilingi oleh pagar kawat, masing-masing dengan pasukan pembelaan sendiri.

Perbicaraan itu akan dihadiri anggota keluarga antara 2,976 orang yang mereka didakwa membunuh dua dekad yang lalu, serta sejumlah besar wartawan.

Mereka berlima menghadapi hukuman mati atas tuduhan membunuh dan pengganasan di tribunal jenayah perang. Mereka diwakili oleh peguam yang ditugaskan oleh tentera, serta peguam pro bono daripada sektor swasta dan badan bukan pemerintah.

Sejak kes itu dimulakan, para pendakwa telah menganggapnya sebagai mudah untuk diputuskan, bahkan tanpa maklumat yang dicemari hasil siasatan CIA.

Sebaliknya, pihak pendakwa berpendapat bahawa semua defendan memberikan bukti kukuh telah bersekongkol dalam serangan 9/11 semasa soal siasat oleh apa yang disebut sebagai "pasukan bersih" daripada Biro Siasatan Federal (FBI) pada 2007, setelah kelima-lima mereka tiba di Guantanamo.

Tetapi peguam bela berpendapat bahawa soal siasat pada 2007 juga tidak "bersih" kerana FBI juga menyertai program penyiksaan CIA, dan soal siasat mereka mempunyai ancaman serupa.

Defendan, yang masih merasakan kesan daripada penyiksaan waktu itu, telah bercakap kepada FBI dengan perasaan takut bahawa penyiksaan itu akan dilakukan lagi, kata peguam bela. - AFP.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3