Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Perbicaraan kes Najib disambung hari ini

May 19, 2020 | 02:00 PM



KUALA LUMPUR: Perbicaraan bekas perdana menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, disambung semula hari ini ketika perjanjian penyelesaian oleh anak tirinya menimbulkan kebimbangan mengenai bagaimana kerajaan baru menangani kes-kes 1MDB.



Peguam Datuk Seri Najib akan terus menyoal saksi setelah sesi terakhir pada bulan Mac ditangguhkan ketika pasukan pembelaannya mengatakan mereka mungkin terdedah kepada koronavirus.



Prosiding kemudiannya tidak dapat diadakan kerana negara mengenakan tindakan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang hanya dilonggarkan pada 4 Mei lalu.



Perbicaraan itu melibatkan 25 dari sejumlah 42 tuduhan yang dihadapinya atas tuduhan memainkan peranan dalam 1 Malaysia Development Berhad (1MDB), termasuk tuduhan bahawa dia menerima rasuah sebanyak RM2.08 bilion ($680 juta). 



Datuk Seri Najib pertama kali didakwa pada Julai 2018.



Banyak yang berlaku sejak kali terakhir perbicaraan diadakan. 



Malaysia memperoleh dana tambahan sebanyak AS$300 juta ($425.62 juta) yang dikaitkan dengan 1MDB sebagai sebahagian daripada tuntutan undang-undang pelucutan hak Amerika Syarikat, di tengah-tengah kebimbangan bahawa kepulangan parti Datuk Seri Najib kembali membentuk kerajaan sejak Mac lalu.



Ini dikatakan, mungkin akan menghalang siasatan dan usaha berterusan untuk mengesan aset yang hilang dari dana negara yang bermasalah.



Kerajaan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, telah berjanji untuk terus memerangi rasuah, bahkan ketika ia mendapat reaksi balas setelah anak tiri Najib Riza Aziz dilepaskan tanpa dibebaskan minggu lalu dari tuduhan menerima AS$248.2 juta ($351.8 juta) dari 1MDB. 



Perjanjian dengan Riza akan menyaksikan Malaysia memperoleh semula AS$107.3 juta.



Kesepakatan itu telah mencetuskan perselisihan antara mantan Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas dan Peguam Negara sekarang ini, Tan Sri Idrus Harun, tentang sama ada Tan Sri Thomas telah menyetujui penyelesaian itu sebelum mengundurkan diri pada Mac lalu, kenyataan yang disangkal beliau. 



"Saya tidak akan menyetujui perjanjian ini," kata Tan Sri Thomas dalam satu kenyataan semalam.



Para pemimpin pembangkang mengatakan keputusan untuk melepaskan Riza memberi kesan bahawa Malaysia tidak serius dalam memerangi rasuah, kata mereka dalam satu kenyataan semalam. 



Kes itu, menurut mereka, telah mencemarkan imej negara di pentas global.



Datuk Seri Najib sendiri berulang kali mengatakan bahawa dia merancang untuk menjalani proses pengadilan untuk membersihkan namanya. - The Straits Times




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >