Topik diikuti
Pergi ke BHkuPerbicaraan tentukan untuk berkas pemimpin Samsung
Premium
Perbicaraan tentukan untuk berkas pemimpin Samsung
Perbicaraan tentukan untuk berkas pemimpin Samsung
DIKERUMUNI PEMBERITA: Pemimpin Samsung Group, Encik Jay Y Lee (tengah), dikerumuni pemberita setibanya di pejabat pendakwaan dan kemudian ke Mahkamah Daerah Tengah Seoul bagi menentukan sama ada beliau akan ditangkap atas tuduhan skandal rasuah atau tidak kelmarin. Keputusan dijangka diumumkan selepasa tengah semalam. - Foto AFP -
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
Jan 19, 2017 | 5:30 AM
SEOUL: Pemimpin Samsung Group, Encik Jay Y Lee, tiba di pejabat pendakwaan pagi semalam sebelum perbicaraan bagi menentukan sama ada beliau akan ditangkap atas tuduhan skandal rasuah yang menggegarkan Korea Selatan.
Encik Lee, 48 tahun, yang memakai kot gelap dan tali leher ungu, tidak menjawab soalan pemberita ketika masuk ke pejabat pendakwaan khas sebelum dibawa ke Mahkamah Daerah Tengah Seoul.
