Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Perbicaraan Trump mungkin berlanjutan lama

Apr 06, 2023 | 05:30 AM



WASHINGTON: Perbicaraan bekas Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, pada Selasa adalah prosiding mahkamah pertama beliau dalam kes jenayah yang berkemungkinan berlanjutan lama.



Satu perbicaraan mungkin tidak dijadualkan selama berbulan-bulan - dan tidak dijamin berlaku sama sekali - kerana pendakwa raya dan peguam Encik Trump dijangka berhujah mengenai merit kes itu dan bukti yang boleh dikemukakan kepada pihak juri.



Di bawah undang-undang New York, peguam pendakwa raya mesti menyerahkan kebanyakan bukti mereka kepada peguam bela dalam tempoh 35 hari selepas perbicaraan defendan.



Peraturan itu memerlukan pendakwa raya menyediakan bukti fizikal seperti laporan polis dan gambar, rakaman elektronik dan keterangan juri, termasuk nama saksi.



Pendakwa raya boleh meminta lanjutan sehingga 30 hari dalam keadaan luar biasa. Mereka juga boleh meminta perintah perlindungan untuk melindungi nama dan maklumat saksi sehingga perbicaraan, walaupun hakim tidak wajib membenarkannya.



Pihak pembelaan juga dikehendaki mendedahkan bukti tertentu dalam miliknya 30 hari selepas pendakwa kali pertama membuka fail mereka.



Peguam daripada kedua-dua pihak boleh memfailkan usul meminta hakim menghalang bukti tertentu daripada digunakan dalam perbicaraan dan pendengaran ke atas usul tersebut mungkin menangguhkan perbicaraan selanjutnya.



Hakim perbicaraan, Encik Juan Merchan, menetapkan jadual bagi peguam Encik Trump memfailkan usul selewat-lewatnya pada 8 Ogos dan pendakwa raya pula pada 19 September, dengan perintah hakim akan datang pada 4 Disember.



Peguam bela juga boleh memfailkan usul meminta hakim menolak kes. Salah seorang peguam Encik Trump, Encik Joseph Tacopina, sebelum ini berkata beliau menjangka memfailkan usul sedemikian.



Namun selepas perbicaraan pada Selasa, beliau memberitahu wartawan di luar mahkamah bahawa masih terlalu awal untuk bercakap mengenai butiran khusus.



Antara alasan yang boleh digunakan bagi usul menolak kes ialah dakwaan bahawa tuduhan itu dihalang oleh statut pembatasan, yang menyekat tempoh masa yang boleh berlalu antara jenayah dengan tuduhan, atau terdapat salah laku pendakwaan.



Dalam kes berprofil tinggi, peguam bela sering meminta pertukaran tempat, dengan alasan laporan media yang melampau menyukarkan mencari juri yang tidak berprasangka.



Encik Trump telah berkata beliau tidak percaya akan mendapat perbicaraan adil di Manhattan, yang penduduknya bersikap sangat liberal dan beliau sangat tidak popular semasa menjadi presiden. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >