Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

AS percepat larangan perjalanan untuk warga asing masuki negara itu dari Brazil

May 26, 2020 | 4:00 PM
LANGKAH TEGAS: Amerika Syarikat mengumumkan tindakan larangan dua hari lebih awal bagi warga asing yang mahu memasuki negara itu dari Brazil. Kelihatan seorang pengembara membawa begnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Guarulhos di tengah-tengah penularan koronavirus dekat Sao Paulo, Brazil, semalam.
LANGKAH TEGAS: Amerika Syarikat mengumumkan tindakan larangan dua hari lebih awal bagi warga asing yang mahu memasuki negara itu dari Brazil. Kelihatan seorang pengembara membawa begnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Guarulhos di tengah-tengah penularan koronavirus dekat Sao Paulo, Brazil, semalam. - - Foto: REUTERS

WASHINGTON / BRASILIA: Rumah Putih semalam mengambil keputusan mempercepatkan sekatan perjalanan dua hari lebih awal bagi penerbangan dari Brazil ke Amerika Syarikat.

Ini memandangkan jumlah kematian akibat koronavirus di negara Amerika Selatan itu melebihi jumlah harian di Amerika Syarikat.

Kenyataan Rumah Putih menyatakan, perubahan masa permulaan larangan menjadi 11:59 malam, waktu Timur pada hari Selasa, 26 Mei (1159 pagi waktu Singapura, Rabu, 27 Mei) dan bukannya pada 28 Mei seperti dalam pengumuman asal pada Ahad lalu.

Dua hari sebelumnya, Brazil mengatasi Russia sebagai negara kedua paling teruk terjejas dengan jangkitan koronaviru selepas Amerika Syarikat.

Larangan Washington melibatkan warga asing yang datang ke Amerika Syarikat sekiranya mereka berada di Brazil dalam dua minggu terakhir.

Kematian akibat koronavirus di Brazil yang dilaporkan dalam 24 jam terakhir lebih tinggi daripada kematian di Amerika Syarikat untuk pertama kalinya semalam, menurut kementerian kesihatan.

Brazil mencatatkan 807 kematian manakala seramai 620 maut di Amerika Syarikat. - Reuters

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg