Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Perdana Menteri Perancis berkata Omicron akan ‘dominan’ di negara itu mulai awal 2022

Dec 18, 2021 | 06:47 PM



PARIS: Perdana Menteri Perancis, Encik Jean Castex, pada Jumaat (17 Dis) berkata varian Omicron di Eropah sedang merebak sepantas ‘kilat’, sambil menambah bahawa ia akan menjadi varian yang dominan di Perancis mulai awal 2022.



Encik Castex berkata walaupun banyak yang tidak diketahui tentang varian itu "ia nampaknya tidak lebih berbahaya daripada varian Delta dan data tersedia kepada kami menunjukkan bahawa vaksinasi lengkap dengan dos penggalak melindungi dengan baik daripada penyakit teruk".



Hampir 3,000 kes Covid-19 berada dalam jagaan rapi di Perancis menurut angka terkini.



Sementara itu, kelayakan untuk suntikan penggalak akan dikurangkan daripada lima bulan dari tarikh vaksin kedua kepada empat, kata Encik Castex.



Perdana Menteri itu berkata sambutan awam yang besar-besaran dan pertunjukan bunga api akan dilarang pada Malam Tahun Baru dan mengesyorkan orang ramai - walaupun sudah divaksin - untuk menguji diri mereka sebelum menghadiri pesta akhir tahun.



Untuk meningkatkan tekanan kepada orang ramai mendapatkan vaksin, pemerintah akan membentangkan Rang Undang-Undang awal tahun depan untuk menukar pas kesihatan Perancis kepada pas vaksinasi.



Ini bermakna orang ramai perlu diberi vaksin untuk memasuki restoran atau menggunakan pengangkutan awam jarak jauh.



Di bawah peraturan semasa, ujian negatif baru-baru ini boleh berfungsi sebagai pas kesihatan walaupun tanpa vaksinasi.



"Walaupun kami telah memberi masa, banyak masa untuk warga Perancis yang teragak-agak dan mempunyai keraguan, pada Januari kami akan mengukuhkan insentif untuk vaksinasi, kerana keengganan beberapa juta rakyat Perancis untuk divaksinasi meletakkan nyawa seluruh negara dalam bahaya dan ini tidak boleh diterima," katanya.



Varian Omicron kini disyaki membentuk hingga 10 peratus kes baru Covid-19 yang disahkan di Perancis.- Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >