Topik diikuti
Pergi ke BHkuZahid: Umno selesa mainkan peranan pembangkang
Zahid: Umno selesa mainkan peranan pembangkang
Mahu tingkatkan undi rakyat, terus kerjasama dengan pembangkang lain
Zahid: Umno selesa mainkan peranan pembangkang
HURAI PERSOALAN: Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (tengah); diiringi Ketua Pemuda Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Ketua Wanita Noraini Ahmad; memasuki dewan Perhimpunan Agung Umno 2018. Datuk Ahmad Zahid berkata dalam ucapan penggulungan perhimpunan bahawa jika mereka kuat dalam gagasan pembangkang, lebih lima juta pengundi dijangka sedia bersama. - Foto EPA-EFE -
Oct 2, 2018 | 5:30 AM
KUALA LUMPUR: Perhimpunan Agung Umno 2018 melabuhkan tirai kelmarin sebagai himpunan paling bersejarah sejak parti ditubuhkan 72 tahun lalu.
Itulah juga perhimpunan pertama yang menyaksikan Umno berada di pihak pembangkang, dengan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menjadi presiden pertamanya ketika parti tersebut sudah tidak lagi berkuasa di Putrajaya.