Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Perhimpunan protes di Dataran Merdeka: Anggota Parlimen pembangkang sekali lagi desak Muhyiddin letak jawatan PM

Aug 02, 2021 | 10:07 PM



KUALA LUMPUR: Puluhan Ahli Parlimen (MP) pembangkang berarak menuju semula ke Parlimen selepas berkumpul di Dataran Merdeka kira-kira jam 10.20 pagi pada Isnin (2 Ogos).



Mereka berarak beramai-ramai berjalan kaki sambil membawa sepanduk yang meminta Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan anggota Kabinet meletakkan jawatan.



Selain Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH), turut kelihatan Ahli Parlimen dari Parti Warisan Sabah (Warisan) dan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).



Terdahulu di Dataran Merdeka, beberapa Ahli Parlimen kelihatan menyampaikan ucapan antaranya Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad, Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu, Datuk Seri Saifuddin Nasution.



Protes yang dibuat menyusuli keputusan kerajaan Malaysia menunda hari terakhir sidang khas Parlimen.



Nama besar politik di Malaysia dan pesaing kuat, Anwar Ibrahim dan mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengetepikan perbezaan pendapat mereka untuk tampil bersama-sama di perhimpunan tersebut.



Encik Anwar yang juga pemimpin pembangkang mendakwa kerajaan Encik Muhyiddin tidak lagi memberi keyakinan buat penggubal dasar.



"Kerajaan Muhyiddin telah tumbang hari ini. Saya menerima maklumat - sesetengahnya daripada parti lain yang mengemukakan senarai meminta untuk ketepikan barisan pemimpin PN. Justeru itu, dengan 107 orang yang ada hari ini, kerajaan telah musnah," ujarnya merujuk pada kepimpinan kerajaan Perikatan Nasional.



Parlimen Malaysia mempunyai 222 kerusi dengan dua kerusi kekal kosong. Ini bermakna majoriti semudah 111 Anggota Parlimen kini diperlukan bagi membentuk sebuah kerajaan baru.



Dr Mahathir pula memberitahu wartawan: "Walaupun orang ramai mengutuknya (Muhyiddin), dia tetap kekal tidak malu dan enggan berundur dari jawatannya."



Pemimpin yang berhimpun telah mengatakan mereka akan hadir di Parlimen pada Isnin meskipun ia ditunda tetapi dihalang daripada berbuat demikian selepas polis menghadang laluan masuk ke bangunan Parlimen. 



Kumpulan pemimpin ini kemudian berhimpun di Dataran Merdeka yang berdekatan.



Akhbar The Star melaporkan, mereka berjalan kaki ke arah bangunan Parlimen tetapi dihalang polis.



Encik Anwar cuba berunding dengan polis untuk membolehkan mereka teruskan hasrat mereka sedang kedengaran laungan "Hidup rakyat, daulat Tuanku".



Beliau kemudian memberi ucapan ringkas sebelum perhimpunan itu bubar secara aman.



Pentadbiran Muhyiddin telah menunda sidang Parlimen pada Isnin dengan mengatakan kes Covid-19 dikesan di bangunan Parlimen.



Perkara ini timbul di tengah-tengah konflik terbuka Encik Muhyiddin dengan pihak istana Agong, yang membawa pada desakan agar Encik Muhyiddin meletakkan jawatan. - The Straits Times 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >