Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Perikatan Nasional gigih pikat pengundi bukan Melayu: Ketua PAS Selangor

Aug 10, 2023 | 1:37 PM
DEKATI PENGUNDI: Calon PN bagi kerusi Bayan Lepas  beramah mesra dengan nelayan tetapi pencalonan beliau dibantah Parti Islam SeMalaysia (PAS) kerana diletakkan untuk bertanding di kawasan yang dikuasai parti Islam itu.
DEKATI PENGUNDI: Calon PN bagi kerusi Bayan Lepas beramah mesra dengan nelayan tetapi pencalonan beliau dibantah Parti Islam SeMalaysia (PAS) kerana diletakkan untuk bertanding di kawasan yang dikuasai parti Islam itu. - Foto ST

KLANG: Perikatan Nasional (PN) berusaha habis-habisan untuk menarik sokongan pengundi bukan Melayu, kata setiausaha Parti Islam SeMalaysia (PAS) Selangor, Encik Roslan Shahr.

Tambahnya, sambutan yang diterima PN daripada kaum bukan Melayu di Selangor ketika ini adalah lebih baik berbanding semasa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada November 2022.

“Sebab itu kita akan mengadakan program khas untuk mendekati kaum bukan Melayu, khususnya kaum India, kerana kita melihat sokongan padu masyarakat terhadap PN,” kata Encik Roslan, dipetik oleh akhbar The Star.

Beliau menambah bahawa PN mengakui hakikat bahawa kaum India adalah “penentu” dalam pemilihan di negeri seperti Selangor.

Menurut Encik Roslan, Kelab Penyokong PAS yang merupakan sayap bukan Islam parti Islam itu juga akan ditugaskan untuk melaksanakan program mendekati penduduk.

“Ahli kelab penyokong akan digerakkan untuk bercakap dengan pengundi bukan Islam, tentang apa yang PN tawarkan kepada mereka,” tambahnya.

Ketua Kelab Penyokong PAS Selangor, Datuk K. Deepakaran, bersetuju sokongan kaum India terhadap PN meningkat selepas PRU15.

“Ini dapat kita lihat daripada peningkatan hampir 300 ahli India baru dalam kelab kami, sejak beberapa bulan lalu,” kata Datuk Deepakaran.

Beliau berkata kebanyakan kaum India yang menyertai kelab penyokong PAS adalah daripada keluarga B40 (isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah dengan RM4,849 sebulan atau $1,429), yang memuji cadangan kawalan parti Islam itu ke atas perjudian dan penjualan arak.

“Terdapat begitu banyak keluarga B40 yang menderita malah ada yang musnah dari segi kewangan kerana perihal mabuk dan berjudi.

“Mereka tahu bahawa kedua-duanya perlu disekat untuk keluarga miskin India untuk mencapai mobiliti sosial yang lebih tinggi,” tambahnya.

Menurut Datuk Deepakaran, masyarakat India di Selangor juga agak kecewa dengan pentadbiran negeri sekarang.

“Mereka merasakan keperluan mereka belum ditangani dan mereka masih berada dalam situasi yang sama seperti lima tahun lalu,” katanya.

Beliau menambah, kemarahan dan kekecewaan ini juga akan diterjemahkan kepada sokongan dan undi kepada PN.

Laporan berkaitan
Ada apa di Kedah?Aug 10, 2023 | 4:38 PM
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg