Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MENJELANG PILIHAN RAYA UMUM MALAYSIA

Perikatan Nasional tanding 169 kerusi, Muhyiddin pertahan Pagoh

Nov 03, 2022 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Perikatan Nasional (PN) yang pertama kali menyertai Pilihan Raya Umum (PRU), mengumumkan akan bertanding 169 kerusi dengan pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin mempertahankan kerusi Parlimen Pagoh, Johor yang dimenangi pada PRU-14 pada 2018 lepas.



Dengan Bersatu bertanding di 74 kerusi, PAS di 64 kerusi, Gerakan di 20 dan parti bersekutu lain akan mengambil 11 kerusi, nama besar seperti Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin akan mempertahankan Larut, Perak manakala Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu di Tambun, Perak berdepan dengan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim.



Nama calon PAS di negeri Terengganu dan Kelantan yang diketuai Presiden PAS, Tan Sri Hadi Awang dan di Kelantan, diketuai Tmbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan akan diumumkan secara berasingan esok.



Begitu juga buat pertama kalinya PN mencuba nasib di Sarawak apabila akan bertanding di empat kerusi di Sarawak iaitu Bintulu, Saratok, Lubok Antu dan Batang Lupar. Sebelum ini, dua Anggota Parlimen (AP) Bersatu, Encik Ali Biju yang menang atas tiket PKR manakala AP Bebas, Encik Jugah Muyang di Lubok Antu akan mempertahankan kerusi masing-masing. Encik Duke Janteng pula calon di Bintulu, manakala seorang lagi calon dari PAS yang mewakili PN bakal berentap di Parlimen Batang Lupar.



Tan Sri Muhyiddin yang membuat pengumuman itu di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia di Kuala Lumpur malam tadi, berkata jumlah 169 itu termasuk Kelantan dan Terengganu, tetapi akan diumumkan esok.



Bersatu yang dianggotai mantan AP dari PKR dan Umno, memberi kepercayaan kepada mantan timbalan presiden PKR yang kini Ketua Penerangan PN, Datuk Seri Azmin Ali mempertahankan kerusi Gombak, Selangor selain Pengerusi PN Pahang, Datuk Seri Saifuddin Abdullah turut dikekalkan di Indera Mahkota.



Ketua Srikandi Bersatu juga mantan Menteri Pembangunan Keluarga dan Wanita, Datuk Seri Rina Mohd Harun pula beralih daripada Titiwangsa ke Sepang, Selangor manakala Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan diletakkan di Tasek Gelugor, Pulau Pinang.



Mantan Menteri Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin yang kalah di Parlimen Ketereh, Kelantan pada 2018, dipilih bertanding di Putrajaya yang kini disandang oleh Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dari BN.



Bagi PAS pula, mantan Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Idris Ahmad pula dicalonkan di Parlimen Bagan Serai, Perak manakala Ketua Penerangan PAS, Encik Khairil Nizam Khirudin diletakkan sebagai calon PN di Jerantut.



Beberapa muka baru turut diperkenalkan PN termasuklah Ahli Majlis Tertinggi Bersatu, Encik Muhammad Faiz Na'aman yang bakal bertanding di Bagan Datuk, kubu kuat Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi manakala Dr Afif Bahardin di Shah Alam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >