Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Perikatan Nasional tercetus daripada Mahathir: Azmin

Asalnya semua AP sokong Dr M kekal sebagai PM
Nov 30, 2020 | 05:30 AM



PETALING JAYA: Rancangan membentuk Perikatan Nasional (PN) sebenarnya tercetus daripada Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri dalam usaha menjadikannya Perdana Menteri yang disokong semua Anggota Parlimen (AP) pelbagai parti, kata Menteri Kanan Malaysia, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.



Dalam satu wawancara eksklusif bersama akhbar The Star, beliau, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, turut berkata pilihan raya Malaysia sepatutnya diadakan bulan lalu jika gelombang ketiga pandemik Covid-19 tidak melanda negara itu.



"Perikatan bukan kerajaan pintu belakang kerana ada tempat kosong (jawatan perdana menteri). Saya tidak menyarankan pada waktu itu - jika ia (perletakan jawatan Dr Mahathir) tidak berlaku pada waktu itu - kita langsung rebut peluang itu, keluarkan dia dan masuk menggantikan tempatnya. Itu bukan rancangannya."



Datuk Azmin berkata sebelum perletakan jawatan Dr Mahathir, AP daripada semua parti membuat akuan berkanun yang disampaikan ke Istana.



"Kesemuanya memberi satu nama sebagai Perdana Menteri - Dr Mahathir. Pada waktu itu, kami berusaha gigih memastikan Dr Mahathir akan terus berkhidmat sebagai Perdana Menteri," katanya.



Dr Mahathir, jelas Datuk Azmin, bertemu enam pemimpin politik (termasuk dirinya) daripada parti berbeza tetapi tanpa pengetahuan mereka, beliau meletak jawatan.



"Kita dihumban ke dalam krisis politik apabila Dr Mahathir meletak jawatan. Jika Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak bertindak dalam tempoh itu, orang lain akan bergegas ke Istana dan memberi tekanan kepada Istana agar dirinya dipilih sebagai Perdana Menteri. Saya tak akan izinkan perkara ini berlaku.



"Satu-satunya pilihan buat saya dan Muhyiddin ialah meninggalkan Pakatan," katanya, yang kemudian meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bersama sembilan AP lain.



Tan Sri Muhyiddin, jelasnya, mendapat majoriti dengan kerajaan baru dibentuk bukan menerusi pilihan raya tetapi krisis politik berpunca daripada perletakan jawatan Dr Mahathir.



Namun, beliau masih menghormati dan menyayangi Dr Mahathir bak ayahnya, ujar Datuk Azmin.



Beliau juga berasa Tan Sri Muhyiddin telah menjalankan amanahnya dengan baik, sangat fokus dalam menangani Covid-19 dan memulihkan ekonomi dengan kurang "berpolitik".



Mengulas sebab hubungan tiga dekadnya dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim terjejas, Datuk Azmin berkata: "Saya menjaga keluarganya apabila beliau dalam penjara. Saya menyangka setelah dibebaskan, beliau akan jadi insan lebih baik.



"Sayangnya, beliau jadi insan penuh dendam - bukan terhadap saya sahaja, malah seluruh negara. Anda boleh lihat kakitangan rapatnya dan ramai lagi daripada pasukan peribadinya meninggalkannya." - THE STAR.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >