Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Perintah eksekutif Trump boleh cetus pemecatan besar-besaran pegawai awam

Nov 27, 2020 | 05:30 AM



WASHINGTON: Pemegang jawatan awam pemerintah Amerika Syarikat boleh menghadapi pemecatan besar-besaran di bawah perintah eksekutif Presiden Donald Trump, sebelum beliau dijadual meninggalkan Rumah Putih.



Untuk menangani tindakan itu, sekumpulan penggubal undang-undang Demokrat, kumpulan pemantau dan kesatuan sekerja sedang berusaha menyekat langkah itu.



Pemimpin 23 jawatankuasa dan jawatankuasa kecil Dewan Perwakilan Rakyat telah meminta 61 ketua jabatan dan agensi persekutuan supaya memberi "perakaunan penuh" sebarang rancangan untuk mengklasifikasikan semula pekerja persekutuan di bawah perintah 21 Oktober, menjadikan mereka terdedah kepada pemecatan.



Mereka juga meminta butiran mengenai mana-mana pelantikan politik Encik Trump yang telah diambil bekerja atau sedang dipertimbangkan.



Respons awal dijadual pada 9 Disember, diikuti semakan dua minggu sekali, menurut surat itu, yang diterajui Ketua Jawatankuasa Pengawasan dan Reformasi Carolyn Maloney.



Surat bertarikh 25 November itu dibuat selepas 13 anggota Demokrat Dewan itu, termasuk Gerry Connolly, ketua jawatankuasa Operasi Pemerintah; dan pemimpin Majoriti, Steny Hoyer, pada Selasa lalu menggesa agar perintah eksekutif itu ditarik balik semasa agihan belanjawan selanjutnya.



Rumah Putih menyatakan perintah Encik Trump akan membantu dalam menyelaraskan birokrasi persekutuan, meningkatkan kebertanggungjawaban dan melepaskan pekerja yang "berprestasi buruk".



Pemerintah persekutuan mempunyai sekitar dua juta pekerja.



Pengkritik menyebut langkah itu sebagai serangan berterusan terhadap birokrasi pemerintah yang telah berkurangan kepakaran dan kemahiran semasa pentadbiran Trump.



Mewujudkan kategori pekerja persekutuan baru akan mendedahkan perkhidmatan awam kepada "pengaruh politik dan ugutan yang tidak seharusnya," kata kumpulan ketua jawatankuasa Dewan itu.



Dalam satu surat pada Selasa lalu, anggota Demokrat juga mengatakan perintah itu akan "mempercepat pengambilan penjawat politik ke pekerjaan awam tanpa mempedulikan merit selain menempatkan mereka dalam peranan yang seharusnya paling layak diisi penjawat awam kerjaya - termasuk ahli ekonomi, saintis, dan penganalisis data". - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >