Subuh
5:58
Syuruk
7:15
Zuhur
1:19
Asar
4:33
Maghrib
7:21
Isyak
8:30
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MALAYSIA

Perjalanan lebih lancar di kededua pusat pemeriksaan Johor-S'pura: Ketua Menteri Johor

May 19, 2023 | 05:30 AM



JOHOR BAHRU: Tindakan kerajaan negeri Johor memperbaiki keadaan di dua pusat pemeriksaan darat dengan Singapura telah menghasilkan perjalanan lebih lancar buat pengguna, kata Ketua Menteri Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.



Beliau mendedahkan bahawa proses pelepasan di pusat pemeriksaan telah berkurangan daripada sejam kepada kira-kira 30 minit, terutama pada waktu sibuk.



"Walaupun ini baik, kami akan terus bekerjasama dengan rakan kongsi kami (kerajaan persekutuan) di Putrajaya untuk memperbaiki lagi keadaan," katanya pada satu forum perniagaan di Johor Bahru.



Datuk Onn Hafiz, yang telah membuat hampir 20 pemeriksaan mengejut di kompleks kastam dan imigresen sejak 2022, berkata menambah baik kesambungan dengan Singapura adalah amat penting.



"Ini akan menjadi usaha berterusan," katanya lagi, lapor The Star.



Pada Selasa, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata jabatan imigresen akan menugaskan 100 lulusan baru jabatan itu ke dua pusat pemeriksaan darat di Johor - Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di Johor Bahru dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) di Iskandar Puteri.



"Ini akan membantu BSI terutamanya, yang merupakan salah satu pintu masuk antarabangsa paling sibuk di negara ini, mengendalikan hampir 220,000 pergerakan rentas sempadan setiap hari," katanya.



Beliau berkata satu latihan percubaan telah dijalankan baru-baru ini, dan ia terbukti berkesan dalam mengurangkan kesesakan waktu sibuk.



Datuk Saifuddin berkata langkah lain yang diambil termasuk membina lebih banyak autogate dan menggabungkan pemeriksaan pasport dan kaunter bayaran masuk kenderaan (VEP) menjadi satu kaunter.



Mulai Ogos, pelawat hanya perlu membuat satu perhentian dan bukannya dua ketika melalui pusat pemeriksaan darat.



Beliau berkata pengurangan sedikit masa ini mungkin kelihatan tidak penting, tetapi ia boleh memberi kesan besar kepada aliran trafik secara keseluruhan.



Seorang ahli parlimen (AP) Johor turut mengalu-alukan pertukaran kerja baru Jabatan Imigresen dalam kalangan kakitangannya di BSI dan CIQ, sambil menyatakan ini menunjukkan kesungguhan kerajaan dalam menangani masalah kesesakan di pusat pemeriksaan.



"Sebagai wakil rakyat dari Johor, yang amat menyedari masalah kesesakan terutama di Tambak Johor, saya percaya sistem syif baru akan membantu meredakan keadaan," kata AP Segamat, Encik R. Yuneswaran.



Perubahan itu akan menyaksikan kakitangan imigresen bekerja tiga syif, dari 9 pagi hingga 6 petang, 4 petang hingga tengah malam, dan tengah malam hingga 9 pagi.



Sebelum ini, syifnya adalah dari 7 pagi hingga 4 petang, 3 petang hingga 11 malam dan 11 malam hingga 8 pagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >