Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Perjalanan tanpa kuarantin NZ-Australia mula 19 Apr

Apr 07, 2021 | 05:30 AM



SYDNEY: Perjalanan tanpa kuarantin antara New Zealand dan Australia akan bermula pada 19 April, umum Perdana Menteri New Zealand, Cik Jacinda Ardern, semalam.



Beliau berkata syarat bagi pembukaan semula perjalanan tanpa kuarantin dengan Australia itu telah dipenuhi.



"Kejayaan pasukan kami dalam mengurus Covid-19 dan mengawal penularannya sepanjang tempoh 12 bulan lalu sekarang membuka peluang menghubungkan semula orang tersayang dan meneruskan perjalanan rentas Tasman," kata Cik Ardern dalam satu sidang media.



Sebelum ini, beliau berkata kepada wartawan bahawa aturan perjalanan seperti itu mungkin merupakan yang pertama di dunia:



"Pendekatan kesihatan awam kami bermakna kami sekarang dapat mengambil langkah selanjutnya, dan ini adalah yang pertama di dunia."



Beliau menambah: "Saya tidak tahu ada negara lain di dunia yang mengekalkan strategi penghapusan dan pada masa sama membuka negaranya kepada negara lain, jadi ini adalah sesuatu yang hebat."



Sebelum ini, Cik Ardern menghadapi tekanan daripada perniagaan di kedua-dua negara supaya membuka sempadan antarabangsa.



Australia dan New Zealand berjaya mengatasi krisis Covid-19 berbanding kebanyakan negara maju lain, setelah menutup sempadan antarabangsa mereka kepada bukan warga dan penduduk tetap pada awal pandemik itu.



Australia mencatat sekitar 29,400 kes dan 909 kematian Covid-19 sejak pandemik itu bermula, sementara New Zealand mempunyai hanya lebih 2,100 kes yang disahkan dan 26 kematian.



Gelembung perjalanan antara dua negara itu akan mengehadkan pelancong dari kawasan tertentu sekiranya berlaku penularan di Australia dan dijangka dilakukan berdasarkan negeri ke negeri (Australia), lapor media tempatan.



Beberapa negeri di Australia telah membuka sempadan mereka kepada warga New Zealand sejak Oktober lalu, tetapi ia merupakan aturan perjalanan sehala kerana pandemik itu masih berlaku di beberapa kota Australia.



Sebelum ini, Taiwan dan Palau melancarkan apa yang disebut sebagai gelembung perjalanan Covid-19 pertama di Asia pada 1 April lalu, sedang dua sekutu diplomatik itu berusaha merancakkan industri pelancongan mereka setelah berjaya mencegah jangkitan baru Covid-19.



Pada tarikh itu, sekitar 100 pelancong Taiwan tiba di lapangan terbang antarabangsa Taoyuan dekat ibu kota Taipei, dan mula melakukan proses pendaftaran kira-kira lima jam sebelum penerbangan mereka untuk diuji bagi koronavirus Covid-19.



Palau terletak kira-kira 1,000 km di timur Filipina dan merupakan salah sebuah daripada sebilangan kecil kawasan di Bumi yang tidak pernah mencatat kes Covid-19.



Ia juga salah sebuah daripada 15 negara yang masih mengiktiraf Taiwan, walaupun ada tekanan kuat daripada Beijing supaya beralih pihak.



Taiwan pada awalnya turut terjejas oleh Covid-19 setelah ia merebak dari China tahun lalu. Tetapi ia berjaya mengawal penularan pandemik itu dan memastikan jangkitan terkawal melalui kawalan ketat sempadan, kuarantin dan pengesanan kontak.



Rancangannya ialah melakukan 16 penerbangan seminggu di laluan itu, yang akan memberi nafas baru kepada ekonomi Palau, yang sebelum pandemik tersebut bergantung pada pelancongan, yang membentuk lebih separuh hasil dalam negeri kasar (GDP) negara itu.



Semua pelancong mesti melakukan ujian negatif sebelum penerbangan. Mereka boleh melakukan perjalanan hanya dalam kumpulan pelancongan dan dilarang membuat lawatan individu. - Reuters, AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >