Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Perjanjian Iklim Glasgow setuju ambil jalan tengah

Nov 15, 2021 | 05:30 AM



GLASGOW: Hampir 200 negara mencapai persetujuan bagi meningkatkan usaha menangani perubahan iklim yang mengancam kemanusiaan, memperkukuh pelaburan dalam tenaga menghijau dan mempercepat langkah menghentikan penggunaan arang batu.



Namun, dalam intervensi saat-saat akhir, India mengetuai gerakan untuk melemahkan bahasa yang digunakan dalam perjanjian tersebut, berkenaan pengganaan arang batu, sekali gus menjejas sedikit suasana positif dalam sesi pleno terakhir sidang itu.



Selepas dua minggu rundingan, yang terpaksa dilanjutkan sehari, delegasi daripada puluhan negara berkata mereka menerima teks awal bagi pakej keputusan meskipun ada beberapa negara, terutama daripada negara membangun, yang kurang berpuas hati dengan beberapa perkara dalam perjanjian berkenaan.



Setelah negara-negara yang hadir di Sidang Puncak Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (COP26) di Glasgow, Scotland, itu bersetuju dengan berat hati bagi menerima usulan semakan oleh India, presiden COP26, Encik Alok Sharma, mempersembahkan Perjanjian Iklim Glascow itu dengan diiringi tepukan gemuruh oleh delegasi yang hadir.



Keputusan yang dicapai di Glasgow itu akan memperkukuh Perjanjian Paris 2015, perjanjian iklim utama dunia.



Matlamat utama rundingan tersebut ialah mencapai persetujuan dalam langkah mempercepat usaha bagi mengehadkan pemanasan global kepada 1.5 darjah Celsius di atas kadar praperindustrian.



Suhu dunia telah pun meningkat 1.1 darjah Celsius dan kesannya telah pun dilihat di seluruh dunia, dengan beberapa kerosakan kepada alam sekitar dijangka tidak dapat dipulihkan bagi ratusan tahun akan datang.



"Planet kita ini berada dalam keadaan yang amat rentan," ujar Setiausaha Agung PBB, Encik Antonio Guterres.



Teks yang dipersetujui itu adalah satu jalan tengah, katanya.



"Ia adalah langkah penting, malangnya kesungguhan politik kolektif tidak mencukupi bagi mengatasi beberapa percanggahan yang amat mendalam," tambah beliau. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >