Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Perjuangan kami selama seminggu berjaya: Azmin Ali

Mar 1, 2020 | 4:35 PM
(dua dari kiri) Datuk Seri Azmin memberi sokongan teguh kepada Perdana Menteri baru Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin (tengah).
(dua dari kiri) Datuk Seri Azmin memberi sokongan teguh kepada Perdana Menteri baru Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin (tengah). - AFP/MALAYSIA'S DEPARTMENT OF INFORMA/MASZUANDI ADNAN

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menggambarkan perjuangan selama satu minggu untuk membentuk sebuah kerajaan baru telah berjaya, menurut laporan astroawani.com

Dalam satu kenyataan yang dimuat naik ke Facebook, beliau mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri kelapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas bertungkus-lumus mendapat sokongan majoriti Ahli-Ahli Dewan Rakyat.

"Perjuangan ini melalui saat-saat getirnya namun akhirnya kita mendapat dukungan majoriti Ahli-Ahli Dewan Rakyat untuk memilih YAB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-8," kata Datuk Seri Azmin dalam kenyataan itu.

Beliau bersama 11 sekutunya, telah keluar dari perikatan Pakatan Harapan, sekaligus menyebabkan perikatan pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad itu tumbang.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg