Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Perkahwinan Putera Harry-Meghan gabung tradisi Diraja British, glamour Hollywood

May 19, 2018 | 4:38 PM
Putera Harry dan Meghan Markle dikenali sebagai Duke dan Duchess of Sussex selepas perkahwinan mereka pada 19 Mei 2018.
Putera Harry dan Meghan Markle dikenali sebagai Duke dan Duchess of Sussex selepas perkahwinan mereka pada 19 Mei 2018. - Foto REUTERS

LONDON: Putera Harry dan bakal isterinya, pelakon Meghan Markle, akan dikenali sebagai Duke dan Duchess of Sussex selepas perkahwinan mereka hari ini (19 Mei), kata Istana Buckingham beberapa jam sebelum upacara itu.

"Ratu (Elizabeth) hari ini gembira mengurniakan gelaran duke kepada Putera Henry of Wales. Beliau akan membawa gelaran Duke of Sussex, Earl of Dumbarton dan Baron Kilkeel," katanya dalam satu kenyataan.

"Putera Harry akan dikenali dengan panggilan Duke of Sussex manakala Meghan Markle sebagai Duchess of Sussex.".

Perkahwinan Putera Harry dan Markle berlangsung dalam suasana mewah yang menggabungkan aura glamour Hollywood dan tradisi Diraja British.

Ratusan juta penduduk dunia dijangka menonton majlis cucunda Ratu Elizabeth dan pelakon siri televisyen Suits itu, yang akan dilangsungkan di gereja binaan abad ke-15, Gereja St George, di Istana Windsor. Lebih 100,000 peminat juga dilaporkan akan mengerumuni jalan-jalan sempit di bandar itu, yang menempatkan istana tidak berpenghuni paling tua dan paling besar di dunia, iaitu kediaman 39 monarki Inggeris sejak 1066.

"Saya sangat menyukai segala perkara berkaitan keluarga Diraja, semua keseronokan dan perarakan bersama kereta kuda," kata Jane Tofolo, 56 tahun, dari barat daya London, yang pernah bersalaman dengan Putera Harry ketika putera itu tanpa dirancang berjalan di luar istana berkenaan bersama abangnya, Putera William, dan pengapit lelaki di luar istana, petang semalam.

"Ia akan menjadi satu acara yang sangat menakjubkan kerana rakyat Britain pakar dalam ini semua," katanya.

Putera Harry, 33 tahun, pewaris keenam takhta British, manakala Markle, 36 tahun, seorang janda beribukan wanita Afrika-Amerika dan berbapakan seorang lelaki kulit putih.

Kepada sejumlah besar peminat, perkahwinan itu ibarat kisah dongeng yang menjadi nyata, manakala untuk segelintir rakyat Britain, ia dilihat sebagai berakhirnya halangan untuk era moden Britain. - Reuters, AFP.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg