Topik diikuti
Pergi ke BHkuPerkahwinan tidak terbubar jika seorang pasangan peluk Islam: Mahkamah Malaysia
Premium
Perkahwinan tidak terbubar jika seorang pasangan peluk Islam: Mahkamah Malaysia
Perkahwinan tidak terbubar jika seorang pasangan peluk Islam: Mahkamah Malaysia

-
Feb 16, 2016 | 7:59 AM
PETALING JAYA: Mahkamah tertinggi Malaysia, Mahkamah Persekutuan, memutuskan pada Isnin (15 Feb) bahawa perkahwinan orang bukan Islam tidak terbubar secara automatik apabila salah satu pihak memeluk Islam.
Keputusan bertulis itu satu keputusan undang-undang besar yang boleh membantu menyelesaikan beberapa kes kontroversi melibatkan salah seorang pasangan memeluk Islam dan kemudian mendakwa bahawa aset dan anak-anaknya kini berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah, bukan mahkamah sivil.
