Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Perlembagaan tidak benarkan Muslim dilarang masuk Amerika: Pegawai kanan

May 23, 2016 | 11:03 AM



KUALA LUMPUR: Larangan ke atas orang Islam memasuki Amerika Syarikat yang dicadangkan oleh calon presiden andaian parti Republikan, Encik Donald Trump, tidak mungkin dapat diadakan di bawah Perlembagaan dan struktur undang-undang negara itu, kata seorang pegawai kanan Jabatan Negara.



Encik Shaarik H. Zafar, Wakil Khas kepada Masyarakat Islam jabatan tersebut, berkata ke mana sahaja beliau pergi, beliau ditanya mengenai kemungkinan larangan itu dikenakan.



Menggunakan lawatan ke Malaysia untuk menghantar mesej jelas kepada umat Islam di dunia, beliau berkata: "Amerika Syarikat mengalu-alukan pelawat dari Malaysia dan setiap bahagian dunia.



"Kami tidak akan, sampai bila-bila, mengharam mana-mana pelawat berdasarkan agama atau kaum. Itu sama sekali tidak ada dalam struktur undang-undang kami."



Encik Shaarik, 41 tahun, yang mengambil alih jawatan tersebut dua tahun lalu, bertanggungjawab memacu dasar keterlibatan masyarakat Islam global Jabatan Negara.



Selepas kejadian menembak di San Bernardino, California, dipercayai oleh pihak bersimpati kepada kumpulan pengganas Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS) Disember lalu, Encik Trump menggesa dilarang sepenuhnya orang Islam memasuki Amerika.



Dalam satu temu bual di sini pada Jumaat lalu, Encik Shaarik, yang dilahirkan di Karachi, Pakistan tetapi dibesarkan di Texas, Amerika, menjelaskan: "Di bawah Perlembagaan dan sistem undang-undang Amerika adalah jelas bahawa mewujudkan pengharaman berdasarkan agama, jantina atau kerakyatan adalah salah.



"Bagi pelancong dari Malaysia dan seluruh dunia, Amerika Syarikat dibuka untuk perniagaan dan akan kekal begitu."



Mengenai ucapan benci dan jenayah kebencian terhadap umat Islam di Amerika, beliau berkata pemerintah negara itu bimbang tentang sikap tidak bertoleransi yang semakin meningkat.



Beliau berkata Amerika menghargai kebebasan bersuara dan salah satu cara menangani ucapan benci "ialah dengan mempunyai lebih banyak ucapan" oleh mereka yang menentang sikap tidak bertoleransi.



Bilangan orang Islam Amerika dianggarkan antara enam dan lapan juta orang daripada jumlah penduduk hampir 300 juta orang. - The Star/Asia News Network




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >