Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Perlu fleksibiliti untuk hurai isu geopolitik: Kissinger

Jul 21, 2022 | 05:30 AM



WASHINGTON: Bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Encik Henry Kissinger, berkata geopolitik hari ini memerlukan "fleksibiliti Nixonian" untuk membantu meredakan konflik antara Amerika dengan China serta antara Russia dengan seluruh Eropah.



Sambil memberi amaran bahawa China tidak sepatutnya menjadi pemimpin tertinggi global, Encik Kissinger yang membantu mewujudkan semula hubungan Amerika-China pada 1970-an berkata Presiden Amerika, Encik Joe Biden, harus berhati-hati untuk membiarkan politik dalam negeri mengganggu "kepentingan memahami ketetapan China".



"Biden dan pentadbiran terdahulu terlalu banyak dipengaruhi oleh aspek pandangan domestik terhadap China," kata Encik Kissinger, 99 tahun, dalam temu bual di New York dengan Ketua Pengarang Berita Bloomberg, Encik John Micklethwait, kelmarin.



"Sudah tentu, penting untuk menghalang hegemoni China atau mana-mana negara lain."



Tetapi "itu bukanlah sesuatu yang boleh dicapai dengan konfrontasi yang tidak berkesudahan," tambahnya dalam wawancara yang dihasilkan oleh Risikan Squared AS dan Akademi How To.



Beliau sebelum ini berkata hubungan yang semakin bermusuhan antara Amerika dengan China berisiko kepada "malapetaka sejagat yang setanding dengan Perang Dunia Pertama".



Bekas Presiden, Encik Richard Nixon, pada 1960-an berkempen dengan anti-Komunis yang tegas, namun mengejutkan ramai penyokongnya dengan memutuskan untuk melibatkan China di bawah pimpinan Encik Mao Zedong dan melawat Beijing pada 1972 yang menjadi titik perubahan bersejarah bagi kedua-dua negara.



Geopolitik dan hubungan kuasa besar ialah tema utama dalam buku baru Encik Kissinger, bertajuk Kepimpinan: Enam Kajian dalam Strategi Dunia, yang memberi tumpuan kepada enam pemimpin utama: Encik Konrad Adenauer dari Jerman; Encik Charles de Gaulle dari Perancis; Encik Nixon; Encik Anwar Sadat dari Mesir, Perdana Menteri United Kingdom, Cik Margaret Thatcher dan Perdana Menteri pertama Singapura, Encik Lee Kuan Yew.



Ditanya bagaimana para pemimpin dalam bukunya digambarkan di dunia hari ini, Encik Kissinger berkata Encik Lee dari Singapura akan menjadi yang terbaik dalam kalangan enam pemimpin untuk berkhidmat sebagai presiden Amerika, jika perkara itu mungkin berlaku, dan juga yang terbaik dalam menangani jangka panjang serta dalam cabaran perubahan iklim.



Ditanya tentang siapa yang akan menjadi perunding paling kuat dengan Encik Putin, Encik Kissinger memilih Encik de Gaulle dari Perancis, kemudian menambah "Nixon akan menjadi agak bagus".



Encik Nixon adalah "seorang presiden dasar luar yang sangat baik. Beliau memusnahkan dirinya di dalam negeri", kata Encik Kissinger. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >