Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Perlu pastikan produk AI selamat sebelum edar: Biden

May 06, 2023 | 05:30 AM



WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, bertemu ketua-ketua eksekutif syarikat kecerdasan buatan (AI), termasuk Microsoft dan Google, pada Khamis, dan menegaskan agar memastikan produk mereka selamat, sebelum diedarkan.



Dalam tahun 2023 ini, Generative AI telah menjadi buah mulut umum, dengan aplikasi seperti ChatGPT menarik minat orang ramai.



Ini mendorong banyak syarikat berlumba-lumba melancarkan produk serupa, yang mereka percaya akan mengubah suasana pekerjaan.



Jutaan pengguna pula, mula mencubanya. Ramai percaya ia boleh digunakan bagi mengesan penyakit, menulis skrip drama, mendapatkan taklimat undang-undang dan melindungi perisian komputer.



Hal ini mencetuskan kebimbangan terhadap kemajuan teknologi ini, yang dikatakan boleh melanggar privasi, mempengaruhi keputusan pekerjaan, serta mendorong penipuan serta penyebaran maklumat yang salah.



Encik Biden, yang menggunakan ChatGPT dan bereksperimen dengannya, memberitahu para pegawai berkenaan, mereka mesti mengurangkan risiko semasa dan potensi risiko AI kepada individu, masyarakat dan keselamatan negara, kata Rumah Putih.



Semasa pertemuan itu, diadakan juga "perbincangan terus terang dan membina" tentang perlunya syarikat-syarikat itu lebih telus dengan pihak penggubal dasar, tentang sistem AI mereka, pentingnya menilai keselamatan produk tersebut, dan perlunya dilindungi daripada sebarang gangguan yang berniat jahat, kata Rumah Putih lagi.



Pertemuan selama dua jam pada Khamis lalu itu, disertai oleh ketua pegawai eksekutif (CEO) Google, Encik Sundar Pichai, CEO Perbadanan Microsoft, Satya Nadella, CEO OpenAI, Sam Altman dan CEO Anthropic, Dario Amode.



Naib Presiden Amerika, Cik Kamala Harris, juga turut serta bersama beberapa pegawai pentadbiran termasuk Ketua Staf Pejabat Presiden, Encik Jeff Zients, Penasihat Keselamatan Nasional, Encik Jake Sullivan, pengarah Majlis Ekonomi Kebangsaan, Encik Lael Brainard dan Setiausaha Perniagaan, Cik Gina Raimondo.



Cik Harris berkata dalam satu kenyataannya, teknologi ini berpotensi memperbaiki kehidupan tetapi boleh juga menggugat keselamatan, privasi dan hak asasi awam.



Beliau memberitahu para CEO berkenaan, mereka mempunyai "tanggungjawab undang-undang" bagi memastikan keselamatan produk AI, dan pihak pentadbiran pemerintah bersedia untuk menyediakan peraturan baru serta sokongan perlembagaan terhadap AI.



Menjawab pertanyaan sama ada syarikat-syarikat berkenaan mematuhi peraturan sedia ada, Encik Altman memberitahu para wartawan selepas pertemuan itu, "kami saling memahami tentang kemungkinan yang bakal terjadi".



Pentadbiran Amerika juga mengumumkan tentang pelaburan bernilai AS$140 juta ($185.9 juta) dari Yayasan Sains Kebangsaan, bagi melancarkan tujuh buah institusi kajian AI yang baru.



Beliau berkata Pejabat Pengurusan dan Belanjawan Rumah Putih akan mengeluarkan garis panduan mengenai dasar penggunaan AI.



Pengeluar terkemuka AI, termasuk Anthropic, Google, Hugging Face, Nvidia Corp, OpenAI, dan Stability AI, akan menyertai satu program penilaian umum ke atas sistem AI masing-masing. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >