Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Permaisuri Johor tampil bela TMJ

May 03, 2019 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Raja Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah, membela anaknya, Putera Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim, berikutan rentetan perselisihannya dengan kerajaan Pakatan Harapan.



Dalam satu pos Facebook, Raja Zarith Sofiah berkata, beliau tidak dapat melihat Tunku Ismail dikecam oleh banyak pihak berkaitan kenyataannya bahawa bapanya, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, mempunyai kuasa mutlak memilih menteri besar negeri itu.



"Sebagai seorang ibu yang sudah mengalami keperitan melihat seorang anaknya menghembus nafas yang terakhir, dan melihatnya dikebumikan, mungkin tidaklah salah jika saya terasa tertekan apabila anak saya yang lain dimaki hamun dengan rancak, diperli, dan dijadikan sebagai hiburan untuk semua yang memikirkan mereka lebih bijak, dan tidak pernah melakukan apa-apa kesalahan pun.



"Kepada mereka, saya berdoa semoga Allah swt mengurniakan taufiq dan hidayah-Nya. Dan kepada mereka yang memberi nasihat pula kepada anak-anak saya, saya mengucapkan terima kasih dengan hati yang ikhlas.



"Kepada Allah saya mengadu; kepada Allah saya menangis. Sebagai hambaNya, saya menerima dugaanNya, dan saya redho," tulis Raja Zarith Sofiah dalam Facebook beliau.



Sebagai jawapan kepada pos Raja Zarith Sofiah, Tunku Ismail menenangkan ibunya dengan menyatakan bahawa Tuhan akan sentiasa melindungi Sultan Johor.



"Jangan risau Mama. Segala-galanya akan baik sahaja. Tidak kira betapa gelapnya ribut melanda, ia akan sentiasa ada sinar mentari. Ini janjiku kepadamu, wahai ibuku. Allah Peliharakan Sultan," tulis Tunku Ismail satu pos di Facebook beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >