Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Permintaan bilik sewa di JB naik susuli sempadan dibuka semula

May 24, 2022 | 05:30 AM



JOHOR BAHRU: Permintaan bagi bilik untuk disewa di Johor Bahru telah meningkat secara ketara menyusuli pembukaan semula sempadan darat Malaysia dengan Singapura hampir dua bulan lalu.



Encik Lim Sie Yan, 40 tahun yang memiliki beberapa hartanah untuk disewa telah menerima permintaan daripada pelanggan sejak sempadan dibuka semula sepenuhnya pada 1 April lalu.



"Semua permintaan adalah daripada rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura, yang sering berulang-alik antara Johor dengan Singapura setiap hari sebelum sempadan ditutup.



"Daripada sekitar 100 bilik yang saya ada, hanya empat yang tinggal," katanya kepada akhbar The Star.



Menurutnya, lokasi popular di mana terdapat permintaan yang tinggi adalah di Taman Century, Taman Pelangi, Taman Sentosa, yang kesemuanya berdekatan dengan pusat bandar Johor Bahru.



Encik Lim berkata, kadar sewa bilik juga telah meningkat dan kini kembali ke paras prapandemik.



"Semasa pandemik, kita terpaksa mengurangkan harga bilik sebanyak separuh, kerana kita hanya memenuhi permintaan daripada penyewa tempatan sahaja.



"Namun, dengan kenaikan pada permintaan, kadar bilik kini sudah kembali ke paras normal," katanya, sambil menambah bahawa bilik yang ditawarkannya kini berharga sekitar RM700 (S$220,) berbanding dengan hanya sekitar RM350 semasa tempoh penutupan sempadan.



Ejen hartanah, Encik Fadhli Ishak, 34 tahun, yang juga menyewakan bilik di Johor Bahru berkata, lebih separuh daripada bilik yang diuruskannya kini dipenuhi.



"Saya sering menguruskan penyewaan bilik bagi tiga hartanah di sekitar Larkin, tetapi saya terpaksa melepaskan dua daripadanya semasa pandemik akibat permintaan rendah.



"Kini saya mempunyai 12 bilik dan lapan daripadanya sudah pun dipenuhi sejak sempadan di buka.



"Terdapat permintaan luar jangkaan bagi baki bilik yang ada," katanya lagi.



Menurutnya, sebelum ini beliau hanya boleh menyewakan maksimum tiga bilik pada satu-satu masa sepanjang dua tahun lalu.



Seorang lagi ejen hartanah yang hanya ingin dikenali sebagai Encik Ong berkata, permintaan bagi bilik sewa dijangka meningkat dalam minggu-minggu akan datang.



Buat masa ini, masih terdapat ramai warga Malaysia yang bekerja di Singapura yang masih belum menamatkan kontrak sewa mereka di Singapura.



"Kami menjangkakan lebih ramai yang akan mula mencari tempat tinggal di Johor Bahru sebaik perjanjian sewa mereka tamat di Singapura," katanya lagi.



Beliau menambah, rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura selalunya lebih suka menyewa bilik berbanding rumah kerana kadar yang ditawar bagi tempat tinggal sedemikian turut merangkumi bil api air.



"Ia juga selalunya merangkumi khidmat WiFi dan mereka tidak perlu mencari rakan sebilik lain untuk mengongsi rumah tersebut," katanya lagi



Sejak sempadan darat dibuka, beberapa warga Malaysia, yang menyewa bilik di Singapura, memilih untuk tidak menyambung semula kontrak sewa mereka, kata ejen hartanah yang ditemuramah akhbar The Straits Times.



Ada juga yang menghentikan kontrak sewa mereka selain tidak mendapat semula wang cengkeram yang telah dibayar untuk kembali ke kampung halaman dan menyambung semua perjalanan ulang-alik Singapura merentasi Koswe.



Seorang ejen hartanah Propnex yang hanya ingin dikenali sebagai Cik Tan berkata, sekitar 20 klien Malaysianya yang tinggal kebanyakannya di Woodlands dan Choa Chu Kang akan pindah selepas tempoh sewa mereka tamat pada Jun dan Julai ini.



"Sebuah bilik HDB tanpa penghawa dingin di estet sedemikian selalunya berharga sekitar $600 dengan $650.



"Sebaliknya jika mereka menyewa bilik di Johor Bahru harganya ialah sekitar RM300 dengan RM400 ($95 dengan $120)," katanya lagi. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >