Permit masuk kenderaan asing ke Malaysia bermula Oktober
Dilaksana dalam tiga peringkat, hanya kenderaan yang berdaftar VEP akan dibenar masuk
Apr 27, 2019 | 05:30 AM
KUALA LUMPUR: Malaysia akan menguatkuasakan pendaftaran mandatori bagi kenderaan asing yang masuk negara itu dari Singapura mulai Oktober ini, umum Kementerian Pengangkutan Malaysia kelmarin.
Skim permit masuk kenderaan (VEP) itu, yang telah lama dibahaskan, dijangka dilaksana dalam tiga peringkat - bermula di Koswe dan Link Kedua diikuti di sempadan Malaysia-Thailand dan sempadan antara Malaysia dengan Brunei serta Indonesia.