Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Perompak salah pilih mangsa...

Dec 28, 2016 | 11:04 AM



KERIAN (Perak): Empat perompak bermotosikal tersilap memilih mangsa apabila mereka bertindak pada Selasa (27 Dis) lalu.



Mereka merompak Encik Mohamed Mazis Mohamed Mokhtar, 25 tahun, isteri dan tiga rakannya dekat Taman Murni di Parit Buntar, pada kira-kira 10.15 pagi.



Malah, salah seorang perompak itu mengancam isteri Encik Mohamed Mazis dengan parang.



Bagaimanapun, pergelutan berlaku apabila mangsa enggan menyerahkan barang-barang mereka, dan seorang rakan Encik Mohamed Mazis cedera di kepala.



Perompak itu kemudian melarikan diri dengan motosikal mereka bersama gelang, cincin emas, dua beg tangan dan dua jam tangan mangsa mereka.



Namun, Encik Mohamed Mazis tidak mahu melepaskan mereka begitu sahaja. Beliau masuk ke dalam keretanya, mengejar perompak itu dan merempuh keempat-empatnya.



Encik Mohamed Mazis kemudian menangkap para perompak itu dengan bantuan orang ramai.



Ketua Polis Daerah Kerian, Pesuruhjaya Omar Bakhtiar Yaacob, berkata empat perompak tersebut tidak mengalami kecederaan serius.



"Kami sedang menyiasat. Mereka mungkin terlibat dalam lebih banyak kes rompakan," katanya. - The Star/Asia News Network




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >