Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Persatuan pengguna M'sia persoal siasatan kes kartel daging

Dec 30, 2020 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Muslim Malaysia mempersoalkan tentang kurang ketelusan dan kemajuan dalam siasatan yang dibuat dalam kes kartel daging yang telah menimbulkan keprihatinan dalam kalangan pengguna Muslim.



Ia melahirkan rasa tidak puas hati dengan kurangnya komitmen yang ditunjukkan oleh pihak berkuasa serta agensi kerajaan dalam mengelak berulangnya kes sedemikian.



Ketua aktivis, Datuk Nadzim Johan, berkata persatuan itu telah menyediakan maklumat diperlukan kepada agensi yang terlibat untuk memudahkan siasatan mereka dalam kes itu sebelum laporan berita mengenai sindiket itu diterbitkan.



Dilaporkan bahwa kartel itu telah memberi rasuah kepada pegawai kerajaan untuk meluluskan import daging tidak halal itu sebelum membungkus semula sebagai daging halal yang dijual di Malaysia.



"Pada 25 November, persatuan kami telah mengadakan mesyuarat dengan wakil dari beberapa agensi, termasuk Jabatan Kuarantin dan Khidmat Pemeriksaan Malaysia(Maqis) dan polis, mengenai hal ini.



"Mesyuarat itu diadakan bagi membincangkan cara yang mana semua pihak boleh bekerjasama untuk menyelesaikan masalah kartel daging.



"Semasa mesyuarat tersebut, kami juga memberi mereka semua maklumat mengenai hal ini yang telah dikumpulkan oleh persatuan berdasarkan siasatan selama tiga bulan."



Datuk Nadzim berkata terdapat ruang untuk diperbaiki berhubung dengan siasatan itu.



"Seperti semua pengguna Muslim, kami prihatin tindakan belum diambil terhadap mereka yang bertanggungjawab.



"Mengambil tindakan segera akan memberi isyarat kukuh kepada sindiket lain yang terbabit dalam jenayah lain dan pada akhirnya, melindungi pengguna kita."



Kata beliau, bagi mengelak isu serupa daripada menimbulkan keprihatinan dalam kalangan pengguna Muslim, Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) seharusnya ada sumber dan tenaga kerja yang mencukupi.



"Kami faham bahawa ada jabatan kerjaan yang beroperasi tanpa kakitangan yang mencukupi.



"Jika ini keadannya, Jakim harus disediakan dengan sumber yang diperlukan bagi menggajikan lebih ramai orang untuk membolehkan jabatan itu mempunyai penglibatan lebih tinggi dalam menentukan dan mengeluarkan pensijilan halal.



"Hal yang sama wajar dilakukan kepada agensi dan jabatan lain yang terlibat.



"Pada sama sama, kami mahu menekankan bahawa tidak semua agensi penguatkuasaan terlibat dalam amalan rasuah dan masih ada yang menjalankan kerja mereka dengan berwibawa dan jujur."



Tambah Datuk Nadzim, kes itu menggariskan perlunya kerjasama lebih rapat di antara agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerjaan bagi melindungi pengguna. - New Straits Times




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >