Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Persemadian negara bagi Abe dijangka telan belanja $17j

Sep 08, 2022 | 07:14 AM



TOKYO: Persemadian negara bagi mantan Perdana Menteri Jepun, Encik Shinzo Abe, yang maut dibunuh Julai lepas, menelan belanja kerajaan kira-kira 1.7 bilion yen ($17 juta).



Ketika mengumumkan jumlah dana perbelanjaan itu, Ketua Setiausaha Kabinet, Encik Hirokazu Matsuno, menukar arah dengan mengumumkan kosnya walaupun sebelum ini beliau berkata angka keseluruhan hanya akan didedahkan selepas acara itu dijalankan.



Jumlah dana tersebut mungkin menimbulkan tentangan orang ramai terhadap upacara peringatan, yang diadakan kira-kira dua bulan selepas Encik Abe ditembak mati.



Satu siri tinjauan pendapat mendapati kebanyakan responden menentang acara itu - yang ditetapkan pada 27 September - dan yang pertama dianjurkan untuk tokoh politik negara itu sejak 1967.



Saluran TV NHK sebelum ini melaporkan kerajaan Jepun sedang membuat persediaan untuk penyertaan kira-kira 6,400 orang dalam persemadian negara untuk Encik Abe, termasuk pegawai tinggi asing.



Pengebumian Negara Abe pada 27 September akan menjadi persemadian negara kedua untuk mantan perdana menteri sejak Perang Dunia Kedua.



Persemadian pertama diadakan pada 1967 untuk Shigeru Yoshida.



Mendiang Abe, 67 tahun, ditembak pada 8 Julai di bandar Nara, Jepun, semasa berucap dalam kempen pilihan raya.



Pembunuhnya, Tetsuya Yamagami, mendekati ahli politik itu dari belakang dan melepaskan dua das tembakan dari jarak kira-kira 10 meter.



Mangsa, yang dikejarkan ke hospital dalam keadaan kritikal, disahkan meninggal dunia di Hospital Universiti Perubatan.



Upacara persemadian dan pembakaran mayatnya telah pun diadakan pada 12 Julai lalu.



Sebelum ini, persemadiannya dilaporkan akan menelan belanja kerajaan kira-kira 250 juta yen, tidak termasuk aspek keselamatan atau layanan untuk tetamu dari luar negara. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >