Persenjataan AS boleh terjejas jika China sekat nadir bumi
Premium
Persenjataan AS boleh terjejas jika China sekat nadir bumi
Jun 1, 2019 | 5:30 AM
KESAN PERANG DAGANG: Setiap jet F-35 - dianggap sebagai jet pejuang paling canggih dan terhebat di dunia - memerlukan kira-kira 417 kilogram bahan nadir bumi, menurut laporan 2013 daripada Perkhidmatan Penyelidikan Kongres Amerika. - Foto REUTERS -
WASHINGTON: Cengkaman China ke atas pasaran global bagi logam nadir bumi memberinya keupayaan menyasarkan persenjataan Amerika Syarikat dalam perang perdagangan antara dua negara itu, lapor Bloomberg.
Segala-galanya - daripada pesawat Jet Penyerang Bersama F-35 Lockheed Martin kepada peluru berpandu dan laser yang digunakan bagi menentukan sasaran - bergantung pada logam itu untuk melaksanakan fungsi penting.

