Persiapan akhir jelang pelantikan presiden baru Amerika
PERSIAPAN sedang dilakukan termasuk mengetatkan tahap keselamatan di sekitar ibu kota Amerika Syarikat, Washington DC (gambar).
Tindakan itu diambil menjelang upacara pelantikan presiden baru yang bakal berlangsung di negara itu (sekitar 1 pagi esok waktu Singapura).
Encik Joe Biden akan dilantik sebagai presiden bagi penggal selama empat tahun sedang Cik Kamala Harris pula dilantik sebagai naib presiden, juga bagi tempoh sama.
Demi memperkukuh tahap keselamatan sempena upacara itu, lebih 20,000 anggota Pengawal Nasional dikerah di sekitar ibu kota itu khususnya di Bangunan Capitol yang pada 6 Januari lalu diserang dan diceroboh penyokong Presiden Donald Trump, mengakibatkan lima orang maut.
Kini terdapat ancaman daripada penyokong Encik Trump untuk mengganggu upacara pelantikan itu.
Malah terdapat juga ancaman untuk menyerang ibu kota negeri-negeri lain di merata Amerika oleh penyokong Encik Trump termasuk golongan pelampau sayap kanan.
Laporan lanjut:
- FBI: Tiada ancaman dalaman dikesan menjelang upacara perasmian
- Bagaimana sejarah akan menilai legasi Presiden Trump