Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MALAYSIA

Persoal rasional kerajaan iktiraf kerakyatan M'sia kepada mereka yang lahir selepas merdeka

Apr 13, 2023 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen Perikatan Nasional (PN) Maran di Pahang, Datuk Seri Ismail Abd Muttalib, mempersoalkan rasional kerajaan Malaysia mengiktiraf rakyat yang dilahirkan selepas negara merdeka tanpa mengira warna kulit.



Soalan itu dikemukakan pada sidang Parlimen lalu melalui soalan bertulis kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.



"Adakah benar kerajaan bercadang memberi pengiktirafan kepada rakyat yang lahir selepas merdeka tanpa mengambil kira warna kulit?



"Jika benar, apakah rasionalnya?" tanya Datuk Ismail.



Menjawab soalan tersebut, Datuk Saifuddin berkata pemberian kerakyatan kepada individu yang lahir sebelum atau selepas kemerdekaan Malaysia adalah tertakluk kepada undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga Perlembagaan Persekutuan, Peraturan Kewarganegaraan 1964 dan peruntukan penguatkuasaan lain yang berkaitan.



Menurutnya, pemberian kerakyatan adalah anugerah tertinggi dan hak eksklusif kerajaan persekutuan.



"Setiap permohonan kewarganegaraan yang diterima akan diproses dan diperiksa sewajarnya berdasarkan syarat dan undang-undang yang terpakai tanpa membezakan keturunan atau warna kulit pemohon," kata Datuk Saifuddin.



Pada Januari lalu, Datuk Saifuddin dilaporkan berkata Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menubuhkan jawatankuasa khas untuk meneliti isu kewarganegaraan dari semua aspek secara menyeluruh.



Kerajaan, katanya, tidak akan berkompromi atau tergesa-gesa memberi status kewarganegaraan kepada mana-mana pihak semata-mata mencapai sasaran Petunjuk Prestasi Utama (KPI) menjelang hujung tahun 2023.



Datuk Saifuddin berkata, kelulusan permohonan tidak hanya dilakukan beliau seorang diri, sebaliknya keputusan dibuat selepas perbincangan dengan pegawai kanan kementerian.



Datuk Ismail sebelum ini bersama Umno tetapi beliau menyertai Parti Islam Se-Malaysia (PAS) pada November 2022 selepas digugurkan daripada bertanding di kerusi Maran di mana beliau adalah penyandang Anggota Parlimen.



Beliau mengekalkan kerusinya pada pilihan raya umum ke-15. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >