Premium
Pertamina batal sekat bahan api bersubsidi
Aug 29, 2014 | 6:00 AM
BERATUR PANJANG: Pelanggan terpaksa beratur panjang di stesen minyak PT Pertamina di Nusa Dua, Bali. Pertamina telah memutuskan membatalkan langkah menyekat bahan api bersubsidi kerana dasar itu menyebabkan pembelian panik dan pemandu beratur panjang di stesen minyak di seluruh negara. - Foto BLOOMBERG -
JAKARTA: Syarikat minyak milik pemerintah, Pertamina, telah memutuskan membatalkan langkah menyekat bahan api bersubsidi kerana dasar itu menyebabkan pembelian panik dan pemandu beratur panjang di stesen minyak di seluruh negara.
Sehingga 18 Ogos lalu, Pertamina telah mengurangkan jumlah diesel dan petrol bersubsidi di stesen dalam usaha mematuhi kuota bahan api bersubsidi tahun ini.

