Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

ANALISIS BERITA

Melaka jadi medan ukur kekuatan jelang Pilihan Raya Umum ke-15

Nov 07, 2021 | 05:30 AM



PERGOLAKAN politik di Melaka sejak tiga tahun kebelakangan ini umpama mengimbas sejarah silam zaman kesultanan Melayu dan Hang Tuah yang dicemari adegan percaturan politik termasuk tindakan belot dan berpaling tadah.



Hari penamaan calon esok menandakan bermulanya 12 hari parti-parti politik dibenarkan berkempen sebelum rakyat keluar mengundi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) 20 November.



Bumi Melaka dijangka menjadi medan pertembungan dan percaturan politik yang rumit.



Walaupun Melaka adalah antara negeri paling kecil di Semenanjung Malaysia dengan hanya 28 kerusi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), pilihan raya ini mempunyai implikasi besar pada hala tuju kepimpinan negara.



Ia bukan sahaja akan menguji kestabilan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang memerintah sekarang, tetapi juga mungkin menjadi senario Pilihan Raya Umum (PRU) 15 yang dijangkakan pada 2023.



PRN Melaka ini juga buat pertama kali seakan-akan menjadi kayu ukur kepimpinan tiga tokoh politik berpengaruh besar yang pernah menjadi rakan semeja di Umno.



Datuk Seri Najib Razak mengetuai Barisan Nasional; Tan Sri Muhyiddin Yassin memimpin Perikatan Nasional; dan Datuk Seri Anwar Ibrahim mewakili suara Pakatan Harapan.



Kerajaan negeri Melaka sudah tiga kali bertukar tangan sejak Pakatan Harapan menumbangkan Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 2018.



Namun, apabila kemelut politik melanda kerajaan Pakatan Harapan pada Februari 2020, Umno kembali memimpin Melaka pada 2 Mac dengan menjadi rakan kongsi kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang diterajui Parti Pribumi Bersatu pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.



Dua orang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP) tanpa diduga turut berpaling tadah untuk menyokong mereka.



Tetapi baru 19 bulan berkuasa, kerajaan Melaka tumbang lagi pada 4 Oktober lalu.



Kali ini angkara empat Adun termasuk dua dari Umno yang belot dengan menarik balik sokongan terhadap Ketua Menteri.



Sebelum ini kerajaan Melaka di bawah pimpinan Umno diwakili 17 Adun - 14 Umno, dua Bersatu dan satu Bebas.



Pihak pembangkang mempunyai 11 kerusi - tujuh DAP, dua PKR dan dua Amanah.



Pengerusi Badan Perhubungan Umno Melaka, Datuk Seri Abdul Rauf Yusoh, menyifatkan apa yang berlaku sebagai satu serang hendap yang terancang, apatah lagi kerana orang yang mengetuai komplot itu adalah mantan Ketua Menteri Melaka dari Umno, Datuk Seri Idris Haron.



Sejak 11 Oktober lalu, apabila kadar jangkitan pandemik Covid-19 mula terkawal di bawah paras 10,000 sehari dan pergerakan rentas negeri dibenarkan, Melaka menjadi antara destinasi paling hangat dikunjungi ramai ahli politik, bukan kerana melancong atau balik kampung tetapi untuk berpolitik - memasang strategi untuk memenangi hati rakyat.



Namun, ada pihak yang mempersoalkan keputusan mengisytiharkan pilihan raya semasa pandemik Covid-19 masih mengancam negara.



Mereka berpendapat pilihan raya harus ditangguhkan serupa dengan langkah yang dilakukan di Sarawak.



Ini kerana terdapat kebimbangan peristiwa pilihan raya negeri Sabah pada September tahun lalu mungkin berulang lagi apabila jumlah jangkitan wabak Covid-19 naik mendadak akibat keghairahan berkempen.



Oleh kerana itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengumumkan Prosedur Operasi Standard (SOP) lebih ketat sepanjang PRN Melaka untuk mencegah penularan Covid-19.



Semua aktiviti perhimpunan atau majlis sosial yang berkaitan dengan PRN Melaka tidak dibenarkan bagi mengurangkan risiko jangkitan.



Sejak berkuatkuasa pada 25 Oktober, KKM telah bertindak mendenda tiga parti politik termasuk Barisan Nasional dan Perikatan Nasional lebih RM30,000 ($9,677) kerana gagal memastikan pematuhan jarak fizikal.



Bagaimana parti parti politik dapat bertemu rakyat untuk berkempen dengan larangan berhimpun dan SOP lebih ketat masih menjadi tanda tanya.



Di sebalik kebimbangan penularan wabak Covid-19, persoalan besar yang menjadi tumpuan utama adalah keputusan Umno untuk bertanding sendirian sebagai Barisan Nasional dan bukan di bawah sepanduk kerajaan Perikatan Nasional yang memerintah.



Ini bermakna hanya parti Pribumi Bersatu, Parti Islam SeMalaysia (PAS) dan Gerakan akan bertanding di bawah naungan Perikatan Nasional yang dipengerusikan oleh mantan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.



Profesor Madya Dr Hamidin Abdul Hamid dari Universiti Malaya berpendapat PRN Melaka ini penting bukan untuk kerajaan tetapi bagi parti-parti yang bergabung membentuk kerajaan.



"PRN ini penting untuk mengukur kekuatan setiap parti dan meneroka kerjasama antara parti bagi berdepan dengan Pilihan Raya Umum 15," kata Profesor Madya Hamidin.



Barisan Nasional, Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional telah mengumumkan akan bertanding untuk kesemua 28 kerusi DUN.



Ini bermakna akan berlaku persaingan sengit tiga penjuru di semua kawasan kerana rundingan awal antara Barisan Nasional dengan Perikatan Nasional untuk mengelakkan keadaan itu menemui jalan buntu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >