Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pertempuran baru antara Azerbaijan, Armenia

Sep 14, 2022 | 05:30 AM



MOSCOW: Pertempuran meletus antara tentera Azerbaijan dan Armenia, menurut agensi berita Russia semalam.



Ia memulakan lagi permusuhan bertahun lamanya antara kedua-dua negara bagi merebut wilayah Nagorno-Karabakh.



Azerbaijan, yang mendapat semula penguasaan ke atas wilayah itu dalam konflik selama enam minggu pada 2020, akui tenteranya mengalami korban.



Bagaimanapun, pihak Armenia tidak menyatakan apa yang dialami oleh tenteranya, tetapi hanya mengatakan pertempuran berlaku semalaman.



Pemerintah Yerevan berkata pihaknya akan membuat perjanjian kerjasama dengan Russia dan merayu kepada blok keselamatan pimpinan Russia - melalui Pertubuhan Perjanjian Keselamatan Bersama - dan juga kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), lapor agensi berita Interfax.



Selain itu, Presiden Russia Encik Vladimir Putin, Perdana Menteri Armedia Encik Nikol Pashinyan, telah meminta Presiden Perancis Encik Emmanuel Macron, dan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Encik Antony Blinken, supaya merundingkan perkara itu.



Encik Blinken menggesa supaya segera dihentikan pertelagahan itu dengan masing-masing pihak saling menuduh antara satu sama lain kerana mencetuskan pertempuran.



"Beberapa kedudukan, perkhemahan dan pusat-pusat kawalan tentera Azerbaijan telah dihujani serangan pelbagai senjata dan meriam, oleh unit tentera Armedia," agensi berita itu memetik kenyataan Kementerian Pertahanan Azerbaijan.



"Akibat serangan itu, banyak prasarana tentera mengalami kerosakan dan askar Azerbaijan mengalami korban dan kecederaan," jelas kenyataan itu lagi.



Kenyataan Azerbaijan itu juga mengatakan, pasukan tentera Armenia telah melakukan aktiviti risik di sempadannya, menempatkan senjata di kawasan itu dan kelmarin malam, mula melakukan operasi menanam periuk api.



Konflik antara kedua-dua negara itu mula meletus pada 1980, ketika itu di bawah pemerintah Soviet.



Pasukan tentera Armenia menawan banyak kawasan di wilayah berhampiran Nagorno-Karabkah - yang diiktiraf antarabangsa sebagai wilayah milik Azerbaijan, tetapi sebahagian besar penduduknya adalah warga Armenia. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >