Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PERANG DI UKRAINE

Pertikaian ubah landskap ekonomi, geopolitik dunia

Jun 07, 2022 | 05:30 AM



PADA 1960-an, seorang pakar meteorologi dan perintis teori huru-hara, Profesor Edward Lorenz, mengenal pasti bahawa rama-rama yang mengepakkan sayapnya boleh menentukan laluan puting beliung beberapa minggu sebelum kejadian berlaku.



Maka lahirlah apa yang dipanggil "kesan rama-rama", iaitu idea bahawa peristiwa setempat boleh memberi kesan besar di tempat jauh dan menyebabkan kerosakan berpanjangan.



Ia metafora sesuai mengenai akibat perang Russia ke atas Ukraine terhadap ekonomi dan geopolitik global.



Walaupun dua negara itu masing-masing menyumbang kurang dua peratus hasil kasar dalam negeri (GDP) sejagat, perang itu menimbulkan kesan besar terhadap seluruh ekonomi dunia.



Ini termasuk pertumbuhan ekonomi, inflasi, pasaran makanan dan tenaga, rantaian bekalan, sistem kewangan, rangkaian pengangkutan dan geopolitik, dan juga kemelut pelarian.



KRISIS MAKANAN, BAHAN TENAGA



Satu sebab mengapa kesan perang itu begitu besar ialah walaupun saiz ekonomi mereka agak sederhana, Russia dan Ukraine merupakan pengeluar besar dua keperluan utama, iaitu makanan dan bahan tenaga.



Antara dua negara itu, mereka menyumbang kira-kira 30 peratus eksport dunia gandum dan barli, 15 peratus jagung, 80 peratus minyak bunga matahari yang digunakan untuk masakan dan, bersama-sama dengan Belarus - yang juga terlibat secara tidak langsung dalam perang itu - 15 peratus baja.



Dengan cuaca buruk kini melanda negara pengeluar lain, termasuk Perancis, India, Iran dan Maghribi, harga gandum akan kekal tinggi.



Begitu juga dengan harga bijirin lain, beberapa daripadanya digunakan sebagai makanan haiwan ternakan, yang menaikkan harga daging.



Harga baja - bahan yang diperlukan petani untuk meningkatkan hasil tanaman - lebih tinggi, memburukkan masalah. Semua ini akan memberi kesan buruk kepada pengimport makanan utama, terutamanya di Timur Tengah dan Afrika.



Program Makanan Sedunia menganggarkan kira-kira 276 juta orang di seluruh dunia sudah pun berada di ambang kebuluran - sekitar 44 juta orang. Krisis makanan, yang mungkin mencetuskan kekacauan sosial, boleh menjadi salah satu akibat perang paling serius.



Kenaikan harga bahan tenaga juga satu lagi masalah. Harganya sudah pun tinggi sebelum perang kerana bekalan tidak dapat memenuhi kenaikan semula permintaan apabila ekonomi pulih selepas terkawalnya Covid-19.



Tahun lalu, Russia merupakan pengeksport gas asli terbesar dunia dan pengeksport minyak kedua terbesar.



Sebagai sebahagian pakej sekatan ekonomi yang meluas terhadap Russia, Amerika Syarikat mengharamkan import minyak Russia sejurus selepas perang bermula, manakala Kesatuan Eropah (EU) minggu ini bersetuju melarang dua pertiga import sedemikian yang masuk melalui kapal tangki menjelang akhir tahun.



Sekatan laluan transit melalui Laut Hitam dan keengganan kapal mengambil minyak Russia dari pelabuhan lain kerana takut akan sekatan sampingan, bermakna banyak minyak Russia telah dikeluarkan daripada pasaran.



Akibatnya, harga minyak melonjak 30 peratus dalam tempoh 100 hari lalu dan harga hadapan mencadangkan ia akan terus meningkat. Harga gas, yang berbeza-beza di seluruh dunia, telah melonjak dengan lebih tinggi lagi.



Russia juga merupakan pengeluar utama beberapa logam yang digunakan dalam pembuatan seperti nikel, paladium dan titanium, manakala Ukraine menguasai pasaran global bagi neon.



Kekurangan bahan itu, akibat perang dan sekatan, telah meningkatkan kos pembuatan produk yang memerlukannya, termasuk kereta, pesawat, jentera, semikonduktor, telefon bijak dan peralatan lain.



INFLASI MENINGKAT, PERTUMBUHAN EKONOMI PERLAHAN



Akibat kenaikan harga itu ialah harga lebih tinggi bagi bahan asas seperti makanan ruji, elektrik dan pengangkutan, serta pelbagai jenis produk. Ini menambah inflasi, yang memberi kesan kepada keluarga dan syarikat.



Sekali lagi, perang telah memburukkan lagi masalah sedia ada. Inflasi sudah berada pada paras tertinggi dalam tempoh 40 tahun di Amerika dan paras tertinggi di banyak negara lain sebelum perang. Ia kini menjadi lebih buruk.



Inflasi memburuk pula mencetuskan kenaikan mendadak dalam kadar faedah di Amerika dan ekonomi lain.



Pada April lalu, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) mengurangkan unjurannya bagi pertumbuhan ekonomi global pada tahun ini kepada 3.6 peratus, daripada 4.4 peratus pada Januari lalu.



Jarang sekali ia membuat penyesuaian begitu besar kepada unjurannya dalam masa singkat. Perang menyumbang banyak kepada perubahan itu.



PERUBAHAN BERKEKALAN



Tetapi selepas 100 hari perang, banyak perubahan ekonomi dan geopolitik yang telah dicetuskan amat mendalam. Banyak negara akan berusaha meningkatkan daya sara diri dalam pengeluaran makanan.



Rantaian bekalan tenaga akan disusun semula apabila EU menghentikan penggunaan bahan tenaga Russia, mengimport lebih banyak dari negara lain seperti Amerika, Qatar dan Algeria serta mempercepat penggunaan tenaga boleh diperbaharui.



Russia pula akan mengalihkan tumpuan ekonominya dari Eropah ke China, India dan ekonomi sedang pesat membangun lain.



Dengan kebanyakan entiti Russia dilarang menggunakan sistem pembayaran Swift, rangkaian pembayaran mungkin menjadi lebih berpecah-belah.



Pembekuan aset bank pusat Russia akibat sekatan mungkin menyebabkan negara lain yang bergeser dengan Barat berasa terdedah kepada tindakan serupa dan memikirkan semula komposisi pegangan rizab asing mereka.



Postur pertahanan Eropah juga telah berubah secara mendadak dengan negara, termasuk Jerman, meningkatkan perbelanjaan pertahanan dan Finland dan Sweden pula merancang menyertai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato).



Walaupun perang Russia dengan Ukraine berakhir tidak lama lagi, banyak perubahan yang telah dicetuskan ini akan berterusan, dan sebahagian daripadanya akan kekal. - ST.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >