Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pertumbuhan 4.2% ekonomi M'sia pada suku pertama paling rendah dalam 6.5 tahun

May 13, 2016 | 02:29 PM



KUALA LUMPUR: Malaysia mengalami pertumbuhan ekonomi paling perlahan dalam enam setengaha tahun pada suku pertama tahun ini, apabila ia terus merasai kesan harga minyak dan komoditi rendah dan permintaan domestik kurang hangat.



Pertumbuhan Jan hingga Mac lalu ialah 4.2 peratus, lebih sedikit daripada ramalan median 4.1 peratus dalam satu tinjauan Reuters, tetapi merosot daripada 4.5 peratus pada suku sebelumnya.



Ia suku kelima berturut-turut pertumbuhan perlahan. Kadar itu paling rendah sejak suku ketiga 2009.



Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Muhammad Ibrahim, berkata pertumbuhan dijangka bertambah baik pada separuh kedua tahun ini, "didorong pengeluaran lebih tinggi sektor pengilangan hasil kapasiti lebih tinggi, peningkatkan pengeluaran komoditi selepas El-Nino dan gaji minimum lebih tinggi".



Beliau juga berkata "agak penting untuk kita ingat bahawa Malaysia sebuah ekonomi terbuka dan pertumbuhan global akan memberi kesan ke atas kami. Kami tidak kebal".



Pada Januari, kerajaan menyemak unjuran pertumbuhan bagi 2016 kepada 4 - 4.5 peratus daripada unjuran awal 4 - 5 peratus, disebabkan jangkaan kemerosotan harga minyak mentah global berterusan.



Lebihan akaun semasa mengecil kepada RM5 bilion ($1.7 bilion) pada suku pertama daripada RM10.5 bilion bagi tempoh Oktober-Disember lalu.



Pertumbuhan pada suku pertama sebahagian besarnya disokong oleh eksport bersih, walaupun peningkatan perdagangan keluar meningkat hanya sedikit sebanyak 0.2 peratus pada Mac, berbanding 6.7 peratus pada Feb.



Ringgit Malaysia pulih sedikit selepas merosot tahun lalu.



Prestasinya paling teruk dalam kalangan mata wang Asia dalam suku kedua tahun ini, merosot kira-kira 3.1 peratus berbanding dolar. Namun, ia masih yang terbaik tahun ini, selepas kukuh 10 peratus pada Januari-Mac. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >