Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

INDONESIA

Pertumbuhan ekonomi Indonesia dijangka lebihi 5.3% setiap tahun

Feb 16, 2023 | 05:30 AM



JAKARTA: Menteri Penyelaras bagi Ehwal Ekonomi Indonesia, Encik Airlangga Hartarto, berkata beliau optimis pertumbuhan ekonomi negara itu akan melebihi 5.3 peratus setiap tahun, atau mungkin lebih tinggi daripada pertumbuhan ekonomi yang dicatatkan pada 2022, jika perbelanjaan pemerintah dinaikkan.



"Semalam, perbelanjaan pemerintah secara relatif adalah negatif, jika ini didorong, pertumbuhan ekonomi boleh lebih tinggi daripada 5.3 peratus," kata beliau semasa sesi webinar "2023 Universe Economic Outlook," Selasa lalu.



Untuk menggalak pertumbuhan ekonomi, pemerintah menyediakan beberapa dasar seperti menggalakkan pelaksanaan kegiatan ekonomi berkarbon rendah, melalui perdagangan karbon.



"Di bawah undang-undang Pengukuhan dan Pembangunan Sektor Kewangan (P2SK), perdagangan karbon telah disertakan dalam bursa saham Indonesia, kami bersedia menuju ke arah itu," ujarnya.



"Penguasa Perkhidmatan Kewangan telah diamanahkan untuk khusus mengendalikan soal perdagangan karbon ini," jelasnya lagi.



Perkembangan prasarana di ibu kota Nusantara (IKN) akan juga diteruskan dan dijangka akan dapat membantu menyokong ke arah pertumbuhan ekonomi.



Tambahan lagi, pemerintah akan terus mengeluarkan komoditi berasaskan sumber asli, bukan sahaja nikel, tetapi juga lain-lain komoditi seperti bauksit dan timah.



Ini akan dilaksanakan melalui dasar di bawah Undang-undang P2SK, yang membolehkan bank menyediakan khidmat jongkong emas.



Pemerintah juga optimis terhadap pertumbuhan ekonomi yang boleh dipercepatkan melalui undang-undang tahun 2022 bagi penyediaan pekerjaan.



Dalam sesi webinar itu, pegawai Kementerian Sumber Alam dan Tenaga, Encik Dadan Kusdiana, memaklumkan bahawa perbincangan mengenai dana susulan bagi projek peralihan tenaga kini sudah berada di tahap akhir. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >