Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Perubahan iklim punca ribut di Dubai, bukan pembenihan awan

Apr 19, 2024 | 07:51 PM



DUBAI: Ribut besar melanda Amiriah Arab Bersatu (UAE) dan Oman minggu ini, membawa hujan lebat yang menenggelamkan lebuh raya dan rumah serta mengakibatkan kesesakan lalu lintas dan ramai penduduk terkandas.


Di Oman, sekurang-kurangnya 20 orang dilaporkan meninggal dunia akibat banjir, dan seorang dilaporkan maut di UAE.

Hujan lebat di UAE memaksa pejabat pemerintah dan sekolah ditutup beberapa hari bagi mengurangkan gangguan.

Bermula dari Oman pada 14 April, ribut besar bergerak melanda UAE pada 16 April, mengakibatkan bekalan elektrik terganggu dan menjejas operasi penerbangan, dengan landasan lapangan terbang ditenggelami air.

Al Ain, sebuah bandar yang bersempadan dengan Oman, mengalami kejadian yang tidak pernah berlaku sebelum ini, mencatatkan hujan setinggi 254 milimeter dalam 24 jam – paling tinggi sejak 1949.

Pembenihan awan punca ribut besar Dubai?


Ramai berpendapat demikian kerana proses ini sering dilakukan di UAE untuk mendapatkan hujan.

Bagaimanapun, agensi kaji cuaca UAE menafikannya dan berkata tiada proses pembenihan awan dilakukan sebelum ribut besar itu melanda.

Para pakar menyuarakan pendapat bahawa hujan lebat itu mungkin diakibatkan perubahan iklim.

Saintis iklim mengatakan perubahan iklim dan ditambah pula dengan aspek daripada perbuatan manusia yang mempengaruhi cuaca boleh menyebabkan keadaan cuaca melampau, kata Cik Esraa Alnaqbi, peramal cuaca kanan, Pusat Kaji Cuaca Kebangsaan UAE.

Sekitaran yang hangat akibat pengaruh perubahan iklim menyebabkan keadaan bertambah lembap dan ini membawa kepada hujan lebat.

Para pakar memberi amaran bahawa gejala perubahan iklim di peringkat sejagat boleh mengakibatkan keadaan cuaca melampau berlaku pada bila-bila masa. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >