Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Peruntuk dana bantu negara membangun tangani perubahan iklim: Negara maju perlu penuhi janji

Nov 11, 2021 | 05:30 AM



GLASGOW: Singapura telah menggesa negara-negara maju supaya memenuhi janji untuk memperuntuk dana bagi membantu negara membangun menangani perubahan iklim.



Ini sedang Singapura memberi komitmen memainkan peranan dalam menangani krisis sedunia itu.



"COP26 harus menyerahkan pakej sokongan yang kukuh kepada negara-negara membangun," kata Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Cik Grace Fu di sidang puncak iklim COP26 di Glasgow, Scotland semalam.



"Ini akan membolehkan negara-negara membangun melaksana strategi penyesuaian yang berkesan dan mencapai ikrar iklim masing-masing, supaya kita bersama dapat memenuhi matlamat Perjanjian Paris," kata beliau lagi semasa menyampaikan kenyataan Singapura kepada pemimpin sedunia yang berhimpun di sidang puncak itu.



Cik Fu menggesa negara-negara membangun supaya memenuhi komitmen AS$100 bilion ($134 bilion) setahun untuk digunakan bagi menyokong tindakan iklim di negara-negara membangun.



Negara-negara kaya setakat ini telah terlepas memenuhi komitmen pada 2009, untuk bersama menyalurkan AS$100 bilion setahun menjelang 2020 untuk membantu negara-negara lebih miskin.



Dalam 2018, negara-negara kaya menyumbang sekitar AS$80 bilion.



Pelaksanaan pendanaan bagi usaha menangani perubahan iklim bagi negara-negara membangun adalah satu isu utama yang diperbincangkan di COP26, menurut The Straits Times dalam laporannya.



Turut dirundingkan ialah menaikkan jumlah dana dari negara-negara kaya bermula 2025, dan bagaimana wang itu akan digunakan menjelang 2024.



Negara-negara lebih miskin berkata sebarang sebarang dana yang diberi bagi tujuan menangani perubahan iklim kini dibahagikan antara dua usaha - penyesuaian dan langkah mengurangkan pelepasan asap bahaya ke udara; dan usaha lain untuk mengurangkan perubahan iklim.



Buat masa ini, hanya sekitar 20 peratus dana ini disalurkan kepada usaha penyesuaian.



Namun, usaha penyesuaian boleh mengurangkan kesan perubahan iklim ke atas negara-negara dan ini termasuk membina tembok di laut untuk mengekang kenaikan paras laut, atau membangun prasarana penyaluran air untuk menangani masalah hujan lebih lebat.



Cik Fu berkata:



"Memandang ke hadapan, kita harus menangani keadaan tidak seimbang yang berlarutan antara pendanaan bagi usaha pengurangan dan penyesuaian. Ini amat penting bagi banyak negara-negara membangun yang juga merupakan pulau kecil yang terletak di paras rendah, kerana paras laut yang meningkat mengancam kehidupan dan sumber kehidupan di sana."



Menambah, Cik Fu berkata Singapura memandang ke hadapan bagi rundingan membina mengenai matlamat bersama baru yang boleh ditetapkan bagi pendanaan menangani perubahan iklim.



Perjanjian Paris, yang telah diterima oleh hampir 200 negara pada 2015, menetapkan beberapa matlamat untuk mengehadkan pemanasan Bumi kepada suhu di bawah 2 darjah Celsius - dengan suhu 1.5 darjah Celsius menjadi sasaran - berbanding suhu Bumi sebelum era perindustrian.



Di suhu tersebut, dunia diharap dapat mengelak kesan perubahan iklim lebih teruk.




"COP26 harus menyerahkan pakej sokongan yang kukuh kepada negara-negara membangun. Ini akan membolehkan negara-negara membangun melaksana strategi penyesuaian yang berkesan dan mencapai ikrar iklim masing-masing, supaya kita bersama dapat memenuhi matlamat Perjanjian Paris."
- Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Cik Grace Fu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >