Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pesakit Covid-19 divaksin sebelum jangkitan, 50 peratus rendah risiko alami kesan jangka panjang

Sep 3, 2021 | 5:30 AM
NORMA BARU: Anggota pasukan pembelajaran Amtas kelihatan sedang memasuki pintu masuk premis Masjid Nabawi di mana mereka diperlukan menunjukkan status vaksinasi mereka kepada pegawai sebelum dibenarkan masuk. - Foto BH oleh HARITH MUSTAFFA
NORMA BARU: Anggota pasukan pembelajaran Amtas kelihatan sedang memasuki pintu masuk premis Masjid Nabawi di mana mereka diperlukan menunjukkan status vaksinasi mereka kepada pegawai sebelum dibenarkan masuk. - Foto BH oleh HARITH MUSTAFFA -

NEW YORK: Mereka yang mengalami jangkitan bulus daripada Covid-19 setelah diberi vaksin sepenuhnya adalah 50 peratus lebih rendah berisiko mengalami 'Long Covid' daripada mereka yang tidak divaksinasi dan dijangkiti virus itu.

Demikian kata penyelidik dalam satu laporan baru yang besar membabitkan orang dewasa Britain.

Kajian itu, yang diterbitkan dalam jurnal The Lancet Infectious Diseases kelmarin itu juga memberi lebih banyak bukti bahawa dua suntikan vaksin Pfizer-BioNTech, Moderna dan AstraZeneca menawarkan perlindungan kuat terhadap penyakit bergejala dan serius.

"Kajian ini benar-benar, saya rasa, merupakan kajian pertama yang menunjukkan bahawa 'Long Covid' dapat dikurangkan dengan dua dos vaksin, dan ia berkurangan dengan ketara," kata Dr Claire Steves, pakar geriatrik di King's College London yang merupakan penulis utama kajian itu.

Walaupun ramai orang yang dijangkiti Covid-19 pulih dalam beberapa minggu, sebilangan pula mengalami gejala jangka panjang, yang boleh menjejas kesihatan.

Kesan jangka panjang selepas jangkitan yang dikenali sebagai 'Long Covid' termasuk keletihan, sesak nafas, kabut otak, jantung berdebar-debar dan gejala lain.

Namun banyak keadaan itu masih menjadi misteri.

"Kami belum ada lagi rawatan bagi 'Long Covid'," kata Dr. Steves.

"Dapatkan vaksinasi adalah strategi pencegahan yang dapat dilakukan semua orang."

Hasil kajian itu menambahkan lagi banyak penyelidikan mengenai apa yang disebut sebagai jangkitan bulus dalam kalangan mereka yang telah diberi vaksin.

Pusat Pengendalian dan Pencegahan Penyakit telah mengesahkan varian Delta yang mudah berjangkit menyebabkan lebih banyak jangkitan seperti itu daripada varian lain virus itu, walaupun jangkitan pada orang yang diberi vaksin sepenuhnya masih cenderung ringan.

Penemuan baru itu berdasarkan data lebih 1.2 juta orang dewasa, dengan sukarelawan menggunakan aplikasi mudah alih untuk mencatat gejala, hasil ujian dan rekod vaksinasi mereka. - Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg