Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pesawat dengan 4 penumpang terhempas di Filipina

Feb 20, 2023 | 5:30 AM
e5ab8d8d-3729-48ea-b004-8072a9d073d6
-

MANILA: Sebuah pesawat kecil dengan empat orang penumpang telah terhempas di tengah Filipina di mana penyelamat sedang mencari mangsa yang terselamat pada Ahad, kata seorang pegawai penerbangan.

Pesawat Cessna 340 itu hilang awal pagi Sabtu sejurus selepas berlepas ke Manila dari Lapangan Terbang Antarabangsa Bicol, selatan ibu negara, kata Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Filipina (CAAP) dalam satu kenyataan.

Pesawat itu membawa dua penumpang, seorang juruterbang dan seorang anak kapal, tambah pengawal selia penerbangan.

Pasukan mencari dan menyelamat tempatan telah mengenal pasti kemungkinan lokasi nahas berhampiran lapangan terbang, jurucakap CAAP Eric Apolonio memberitahu AFP.

"Masalahnya ialah cuaca buruk dan ia menghalang keterlihatan pencarian di darat," tambahnya.

Insiden itu berlaku kurang sebulan selepas sebuah lagi pesawat Cessna hilang pada 24 Januari di wilayah utara Isabela.

Pencarian serpihan pesawat itu masih diteruskan, kata Encik Apolonio. Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg